Dah Dapat Syafiq Kyle, Mimi Lana Minta Netizen Kenal Dengan Adiknya “Ada Seorang Lagi Yang Macam…”
Pelakon Mimi Lana berseloroh meminta peminat suaminya, Syafiq Kyle, agar tidak patah hati selepas dia sah menjadi suri hati pelakon tersebut.
Menerusi sebuah potongan video yang tular di media sosial, Mimi atau nama lengkapnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin berkongsi bahawa peminat masih berpeluang untuk mengenali seseorang yang mirip suaminya, iaitu adik kandung Syafiq, Syazwan Razak.
“Korang jangan patah hati, ada seorang lagi yang macam Syafiq Kyle, Syazwan Razak (Adik Syafiq).
Tidak hanya terhibur, ada juga warganet yang mula “mengintai” peluang untuk mengenali Syazwan Razak semata-mata untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Syafiq Kyle.
Terdahulu, Syafiq mencuri perhatian apabila memuat naik foto tangannya yang memegang tangan Mimi bersama dua bentuk cincin di IG.
Teka-teki itu kemudiannya terjawab selepas sumber rapat mengatakan pasangan itu akan bernikah.@erinaashinee “Syafiq Kyle saya punya dah” - Mimi Lana✨ mundur gais mundur 🙂↔️ #skmlfoundthedate #fy #fyp #fypage #foryou #foryoupage #syafiqkyle #mimilana #fypシ゚ ♬ original sound - erinashinee