Hiburan
"Saya & Bulan Terry Datang Bersama Sebab ..." - Esma Daniel Sedia Akhiri Zaman Duda
Pelakon Esma Daniel menjelaskan hubungannya dengan pelakon muda Bulan Terry hanya atas dasar kawan.
Jelas Esma, 51, kelibatnya berdua bersama Bulan yang dilihat hadir bersama ketika tayangan perdana filem Sebelum Iblis Menjemput 2 baru-baru ini kerana diundang untuk tujuan promosi.
"Kawan... Kebetulan habis shooting sama dan pihak kami yang buat promosi jadi undanglah dia sekali. Jadi datanglah bersama-sama," jelasnya menjernihkan keadaan.
Advertisement
Sementara itu, tambah Esma selepas empat tahun hidup menduda, dia tidak menolak untuk mencari suri pengganti.
"Sekarang saya ada berkawan tapi tak ada yang khusus.
"Saya ada kucing di rumah, sunyi tu memanglah ya.
"Sebagai manusia kita kena hidup berpasangan dan pernah lalui saat-saat itu.
"Saya bersedia untuk mengakhiri zaman duda tapi buat masa sekarang nak fokus pada karier tambah pula nak memulakan fasa baharu untuk kembali ke belakang tabir.
"Bila ada pasangan kadang-kadang kita lemak sikit, itu akan mengganggu konsentrasi kerja kita," tambahnya.
Sementara itu, filem Sebelum Iblis Menjemput 2 merupakan filem sekuel bergenre misteri thriller yang sudah mula ditayangkan di pawagam terpilih seluruh negara.
Sebelum Iblis Menjemput 2 diarahkan oleh Timo Tjahjanto dan dibintangi Chelsea Islan, Baskara Mahendra, Hadijah Shahab, Widika Sidmore, Karina Salim dan Arya Vasco.
Must-Watch Video