Hiburan

“Saya Cabar Dia Bersemuka Dengan Saya” – Ali Puteh Terkilan, Tindakan Aliff Syukri Guris Hati Ibu

Fiza Kamarudin
19/02/2020
12:21 MYT
Pelawak Ali Puteh, pada petang Rabu mengejutkan semua pihak apabila memuat naik posting berbaur emosi di laman sosial Instagram (IG).
Menerusi posting tersebut Ali, seperti sedang melepaskan kemarahan kepada balu Allahyarham abangnya, Abam.
Posting tersebut bagaimanapun telah dipadam Ali beberapa minit kemudian, selepas dinasihatkan oleh rakan-rakan dan sahabat yang memintanya bersabar dengan apa yang berlaku.
Ali ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut berkata, dia tidak mahu memanjangkan perkara itu sebaliknya mencabar usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri bersemuka dengan dia dan ibu serta keluarga.
Menurut Ali, rasa sabarnya hilang selepas menonton video live yang dibuat oleh usahawan kosmetik tersebut yang berkunjung ke rumah balu Abam, Nor Hidayah Mohd Ali.
“Saya tidak kisah dia nak melawat keluarga arwah, tetapi dia tidak sepatutnya memberikan komen mengenai apa-apa hal sekalipun.
“Tindakan dia telah mengguris hati emak dan kami sekeluarga. Tidakkah dia sedar yang tindakan dia tu boleh menimbulkan fitnah?
“Apa yang dia nak tunjuk kepada masyarakat di luar sana? Saya cabar Datuk Seri Aliff Syukri bertemu dengan saya dan emak!
“Kalau boleh esok juga!,” katanya terkilan.
Ali berkata, usahawan kosmetik tersebut tidak sepatutnya membuat kandungan untuk ‘menjual ‘videonya’ dengan kesulitan yang sedang dihadapi orang lain.
“Apa motif dia buat content dalam keadaan sekarang? Kalau iya pun nak berniaga bukan macam ni caranya.
“Tolonglah, saya dan emak mahu berjumpa dengan dia!,” ujarnya lagi.
Terdahulu Aliff Syukri telah memuat naik video yang disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Facebook (FB) Aliff Syukri Terlajak Laris pada pukul 2 petang.
Video tersebut kemudiannya mendapat pelbagai reaksi warga net dengan 121 ribu tontotan, 400 komen dan 463 perkongsian.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ernie Zakri Enggan Komen Lebih Lanjut Isu Diperlakukan Tidak Professional - “Lambat Laun Orang Akan Tahu Juga”

gempak
26/07/2024
09:55 MYT
Penyanyi Ernie Zakri tampil mengulas mengenai isu ciapan di X yang pernah di muatnaik beberapa minggu lepas.
Hiburan

Nonny Nadirah Sakan Bikin Kontroversi, Niezam Zaidi Terkejut– “Dia Hamba Allah Yang Baik…”

gempak
20/07/2024
09:55 MYT
Niezam, 31, berkata, dia hanya mampu mendoakan yang terbaik buat wanita terbabit dan menganggap apa yang terjadi adalah hikmah.
Hiburan

Qistina Khaled Enggan Kejar Populariti Guna Kontroversi

gempak
19/07/2024
14:57 MYT
Pendatang baharu, Qistina Khaled makin giat melonjakkan namanya dalam industri seni lakonan.
Viral

Pasangan Suami Isteri Pempengaruh Islamik Direman 4 Hari, Bantu Siasatan Berhubung Salah Guna Kuasa Untuk Dapatkan Suapan

gempak
11/07/2024
05:14 MYT
Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 14 Julai berhubung salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Khamis.
Hiburan

Kongsi Momen Jadi Peserta AF5, Nonny Nadirah Akui Gementar Setiap Kali Buat Persembahan - “Sebelum Berlakon, Saya Menyanyi”

gempak
11/07/2024
04:55 MYT
Pelakon Nonny Nadirah berkongsi momen pertama kali dia menjejakkan kakinya di Kuala Lumpur untuk menyertai program Akademi Fantasia musim kelima.