HIBURAN
"Saya Cuba Hubungi Ibu Saya Secara Baik, Semua Tak Diendahkan" - Marissa Dania Mahu Bela Diri, Dedah Abby Abadi Enggan Berbincang
Anak perempuan kepada pelakon Abby Abadi, Marissa Dania mendedahkan pernah cuba menghubungi ibunya untuk berbincang secara baik namun tindak mendapat respons positif.
BERITA TRENDING: Perang Antara Abby Abadi Bersama Aslam, Marissa Dania Buka Mulut - “Mohon Hormati Batasan”
BERITA TRENDING: Nafi Tumpang Populariti, Umisya Mazlan Dakwa Kena ‘Block’ Dengan Abby Abadi & Marissa Dania
Jelas Marissa, ibunya bagaimanapun lebih memilih untuk membuka lebih banyak cerita di media sosial."Apa yang lebih menyedihkan, apabila saya cuba menghubungi ibu saya secara baik melalui whatsapp, semuanya tidak diendahkan.
"There was no space for any discussion. Taknak berjumpa. Yet at the same time, the stories continued to be spread publicly on social media.
"Saya menulis ini bukan untuk membalas dendam, tetapi untuk menjernihkan keadaan. Apabila maruah dan harga diri terus diperlekehkan, kami berhak untuk membela diri," tulisnya memerusi Thread.
Dalam pada itu, Marissa memohon agar ketidakpuasan hati mana-mana pihak diluahkan secara peribadi dan bukannya kepada khalayak.
"Saya mohon agar segala rasa kurang senang dapat disuarakan secara peribadi dan tertutup.
"Kami hanya manusia biasa yang sedang cuba memperbaiki hidup.
"Semoga Allah memberi keampunan dan melembutkan hati kita semua. Dan semoga kebenaran akhirnya menutup segala keburukan yang sedang digembar-gemburkan," tambahnya.
.jpg)
Terdahulu, Abby mempersoalkan tindakan segelintir pihak yang menuntutnya membuat memohon maaf kepada isteri pertama Aslam atau madu Marissa iaitu Umisya Mazlan.
Abby sebaliknya meminta Aslam untuk datang memohon maaf kepadanya. Marissa bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.