Berita
“Saya Dah Bersedia Jadi Nenek Tapi…”- Rozita Che Wan
Pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta akui sudah bersedia terima watak nenek selepas menggalasnya dalam drama Family Spy.
Menurut Che Ta, 46, dia menerima tawaran watak Mak Roz dalam drama komedi itu kerana karakter bersesuaian dengan penampilan dan usianya.
“Saya dah bersedia jadi nenek dalam lakonan tapi saya akan melihat juga pada kesesuainnya.
“Walaupun watak Mak Roz adalah nenek tetapi dia seorang yang bergaya dan tangkas kerana bekas perisik antarabangsa.
“Lagipun, watak ini memerlukan banyak tenaga kerana ada babak aksi dan pertarungan. Jika guna pelakon veteran, takut mereka tak larat pula,” katanya kepada Gempak.
Che Ta ditemui selepas pelnacaran drama Family Spy semalam.
Pun begitu, Che Ta menegaskan dia tidak akan menerima sebarang tawaran watak yang menuntut wajahnya disolek kelihatan tua kerana baginya watak tua patut diberikan kepada pelakon yang sesuai dan terutama artis veteran.
“Kenapa harus saya ambil watak yang memerlukan muka disolek menjadi tua? Pada saya lebih baik bagi saja kepada pelakon veteran yang ada.
“Kalau tidak, nanti pelakon veteran kita yang ada nak lakonkan watak apa? Bukan apa, bila saya ambil karakter yang terlalu tua, kasihan pelakon veteran tak dapat tawaran pula,” katanya lagi.
Selain Che Ta, drama rantaian itu turut menampilkan Alif Satar, Airiezara Jasmin, Nynas Harizal, Sham Visa dan Charis Ow. Ia bakal disiarkan di Astro Ceria pada 11 Mac ini.
Must-Watch Video