Berita
“Saya Dah Cuak Telefon Suami…”- Hanez Suraya Panik Tiba-Tiba Ditahan Polis Ketika Berbasikal
Pelakon Hanez Suraya akui tidak boleh melupakan pengalaman saat ditahan polis ketika sedang berbasikal bersama sekumpulan rakan-rakannya pagi tadi.
Menurut Hanez dia dan kawan-kawannya panik apabila sebuah kereta polis meminta mereka berhenti ketika sedang berkayuh menaiki basikal.
Bagaimanapun anggota polis itu bukan mahu menahan mereka kerana melakukan kesilapan sebaliknya hanya mahu bergambar dan memberikan nasihat.
“Ini kejadian kayuh tadi. Ingatkan nak tahan kami sebab salah sebab kayuh ke apa, rupanya abang polis nak bergambar selfie dengan kami!
“Katanya risaukan kami “Kalau basikal calar tak apa, kalau muka calar macam mana?” Alahaiiii, abang polis prihatin sangat,” katanya.
Hanez berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu Hanez berkongsi fotonya bersama anggota polis itu.
Hanez memberitahu kerana panik ditahan polis, dia sudah menghubungi suaminya untuk membantu.
“Apa-apa pun saya dah cuak sangat siap telefon suami. Tak tahu lah nak gelak ke nak nangis! Ini serious ONz,” katanya lagi.
Hanez sudah mula menjadikan aktiviti berbasikal sebagai hobi sejak beberapa bulan lalu.