Viral

"Saya Dah Lama Move On, Tapi Masih Terkilan Kawan Baik Sendiri Yang Sailang Masa Iddah" - Ananda Natasha

gempak
Firdaus
22/07/2024
09:55 MYT
Sponsor Banner
"Saya Dah Lama Move On, Tapi Masih Terkilan Kawan Baik Sendiri Yang Sailang Masa Iddah" - Ananda Natasha
Susulan pendedahan yang dibuat berkaitan perselingkuhan bekas suaminya, Andika Putera, personaliti media sosial, Ananda Natasha menyatakan dirinya sudah 'move on' dengan penceraian yang berlaku pada Disember tahun lalu.
Ananda Natasha atau lebih mesra disapa sebagai Natasha bagaimanapun tidak menafikan bahawa dia lebih berasa terkilan dengan seorang rakan yang disifatkan sebagai 'tikam belakang' kerana terlibat sama bercinta dengan bekas suaminya.

"Sekarang ni memang saya dah move on, sekarang ni saya tak terkilan dengan Andika sebab saya tahu dia memang kaki perempuan, tapi saya terkilan dengan perempuan tu sebab saya sangat rapat dengan dia.

"Sebab saya cerita tentang rumah tangga saya dekat dia, dan dia tahu segala yang berlaku antara saya dengan Andika.
"Saya anggap dia macam kakak saya sendiri, tapi rupa-rupanya dia pun bercinta dengan Andika pada waktu saya dalam idah tu, jadi saya terkilan dengan dia sebab saya rasa dia boleh satukan rumah tangga saya, rupanya tak," katanya kepada Gempak.

Akui Trauma

Menceritakan lebih lanjut, Natasha mengakui berasa trauma untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi namun menjadikan perkara itu sebagai pengajaran dalam hidupnya.
"Saya memang trauma nak kahwin sebab kes-kes sebelum ni, jadi lepas ni saya lebih berhati-hati untuk memilih pasangan sebab tak nak menjanda kali kedua.
"Saya rasa ia akan jadi pengajaran kepada saya, dan jangan kahwin terlalu awal. Sebab saya kahwin umur 19 tahun, jadi selepas ini mungkin saya akan lebih memilih," jelasnya.

BERITA TRENDING: "Tiga Tahun Awak Curang, Tak Cukup Staf, Bini Orang Pun Awak Sailang" - Bekas Isteri Dakwa Pempengaruh Kerap Main Kayu Tiga

BERITA TRENDING:Andika Putera Kini Pegang Status Duda, Sah Bercerai Selepas 4 Tahun Berkahwin - “Terima Kasih Jadi Isteri Terbaik”

BERITA TRENDING: Aliff Aziz Mahu Berehat Dari Segi Mental & Emosi - “Kadang-Kadang Orang Kata Konon Macam Kitalah Yang Terpaling Sedih…”

BERITA TRENDING: Ruhainies Datang Mahkamah Senyum Lebar Pun Salah! - "Saya Tak Pandai Berlakon, Menangis Depan Kamera"

Terdahulu, desas-desus yang mengatakan mereka sudah bercerai akhirnya terjawab apabila Natasha dan bekas suaminya dilihat hadir bersama ke mahkamah dan kemudian memaklumkan perkara tersebut di media sosial.
Sebelum itu, meskipun tidak menyatakan secara terperinci tentang status perhubungan mereka namun rata-rata warganet mendakwa pasangan itu telah berpisah selepas jarang dilihat bersama.
Untuk info, selama empat tahun mendirikan rumah tangga, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Alisha Puteri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live