HIBURAN
“Saya Dah Lama Tak Jatuh Cinta, Dah Macam Budak High School” - Nurul Shuhada
Perkongsian status bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada di platform Thread mengenai seseorang lelaki menarik perhatian warganet.
Lelaki misteri
Menerusi perkongsian, Shuhada memberitahu dia terpaksa menyekat lelaki misteri itu disebabkan enggan tercari-cari individu tersebut di laman sosial.
“Saya sekat awak sebab saya tak nak tercari-cari awak tengok Instastory saya ke tak, stalk saya ke tak, nanti saya kecewa atau saya akan gigih skrol lebih 90,000 penonton Instastory saya sebab nak tengok nama dia.
“Tu pun sikit la 90k tu selalunya beratus, saya dah tak sanggup, jadi saya sekat awak,” katanya.
Jatuh cinta
Pada perkongsian yang sama, Shuhada turut mengakui dia sudah lama tidak melalui pengalaman jatuh cinta seperti remaja sekolah menengah.
“Saya dah lama tak jatuh cinta, dah macam budak high school bercinta la pula,” ujarnya.
Dalam pada itu, Shuhada turut membalas salah satu komen netizen yang memintanya untuk memilih pasangan yang terbaik.
Shuhada memberitahu pada mulanya dia tidak mahu memikirkan soal bercinta namun hatinya mula terpikat dengan jejaka tersebut selepas melihat layanan baik terhadap anak-anaknya.