Berita

"Saya Dah Minta Maaf 3 Kali Tapi.." - Gara-Gara Hanya Terlanggar Dengan Beg Tangan, Sheila Mambo Dicarut Pasangan Suami Isteri

gempak
ZULHILMI JALIL
10/02/2020
08:35 MYT
Sponsor Banner
"Saya Dah Minta Maaf 3 Kali Tapi.." - Gara-Gara Hanya Terlanggar Dengan Beg Tangan, Sheila Mambo Dicarut Pasangan Suami Isteri
Pelakon Sheila Mambo meluahkan rasa terkilan apabila terpaksa berdepan dengan perangai sepasang suami isteri yang didakwa bersifat sombong dan angkuh ketika berada di sebuah kedai.
Sheila atau nama sebenarnya, Rusilawati Hasan, 57, berkata, insiden tercetus apabila beg tangan yang dipakainya tanpa sengaja terlanggar seorang lelaki yang kebetulan berada berdekatannya.
"Tadi aku lalu lorong dalam, di sebuah kedai haiwan peliharaan, mencari makanan kucing. Terlanggar sikit dengan (beg tangan aku yang kena dia) suami si pasangan dalam umur 65 tahun gitu.
"Aku cakap maaf. Si laki dia carutkan aku 'Jangan tolak okay? Aku cakap maaf, si laki cakap lagi 'Jangan tolak ok", aku cakap sekali lagi 'maaf'.
"Lelaki tu terus cakap 'jangan tolak!!' sambil jeling aku. Kali ketiga, aku dengan nada kuat (satu kedai dengar), 'Saya dah minta maaf tiga kali kan?' Lelaki tu terus cakap 'Jangan jerit okay?' Aku pun cakaplah dah tiga kali minta maaf tapi kamu macam tak faham," cerita Sheila menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Kat dunia ni ramai org educted tapi bodoh tahab dewa. Tadi aku lalu lorong dlm,kt petshop, cari cat food, terlanggar sikit dgn (handbeg aku yg kena dia) suami si couple dalam umur 65 gitu. Aku ckp sorry. Silaki dia carut kan aku 'dont push ok?'. Aku ckp' sorry' Silaki ckp lagi 'dont posh ok' aku ckp sekali lagi 'sorry'. Lelaki tu terus mumble ckp 'dont push!!! ' sambil jeling pd aku sebelah bini dia mcm buat bodoh. Kali ke3, aku dengan nada yg kuat (1petshop dgr) 'hey i did said sorry 3 times ok???'. Lelaki tu terus ckp 'dont yell ok? '(mcm dh rasa malu). Aku ckp la..' i said 3 time sorry and seems u dont under stand!!! (aku pong speakingggg!!! Berabuuukkk) ) Pastu laki dia buat bodo. Lorong tu lorong mati. Nak tak nak aku kena lalu silaki bini abu lahab ni. Dengan hati2 aku ckp ' excuse me'(tertib sikit?). Sibini dgn nada yg sombong dn marah 'you are execused?'. Aku sambil urut dada isthifar. Boleh Sibini cakap pd aku 'geram kan! Geram kan! Marahkan! Jadi blur jap aku, so aku ckp saya tk marah, dia keep on ckp marah kan? Aku pun hulur tangan bg salam assalamualaikum! 3x gakla... (Was2 gak sebab takut serani ke, sbb tua dn beruban tak ada ciri2 org islam). Dia jwp (alhamdulillah dlm hati) aku pun ckp saya mintak maaf, saya tak sengaja.. ' dengan sombongnya Sibini dia ckp' Saya maafkan awak! Aku pn malas layan.. Sambil lalu kelorong lain diperhatikan olh 1 couple lain dn anak pompan dia kut, dia ckp pd aku, sabar kak, saya nampak tadi, sorry to say' sentengah org ni nampak mcm org level tinggi, tapi otak kat bwh lagi dr lutut?. Kurang2 aku dh minta maaf, dan aku maafkan diorg, semoga Allah bg hidayah, kesian tgk dh tua... Islam plk tu. Speaking cam org Puteh... ? Perangai estete!!! Moral of the story ' jgn Sombong sgt'
A post shared by sheila mambo/ sheila hassan (@sheilahassan) on
Lebih menyedihkan lagi, pelakon filem Mami Jarum Junior itu berkata, dia turut terpaksa berdepan dengan perangai angkuh isteri individu tersebut.
"Lorong tu lorong mati. Nak tak nak aku kena lalu si laki bini Abu Lahab ni. Dengan hati-hati aku cakap 'excuse me'(tertib sikit). Si bini dengan nada yang sombong dan marah 'you are excused'. Aku sambil urut dada istighfar.
"Boleh si bini cakap pada aku 'geram kan! geram kan! marahkan!' Jadi blur jap aku, so aku cakap saya tak marah, dia tetap terus kata cakap 'marah kan?' Aku pun hulur tangan bagi salam. Aku pun cakap 'saya minta maaf, saya tak sengaja' dengan sombongnya si bini dia cakap 'saya maafkan awak!" luahnya.
Menurut Sheila dia kecewa apabila wujud dalam kalangan masyarakat kita yang terlalu sombong dan angkuh.
"Kurang-kurang aku dah minta maaf dan aku maafkan diorang, semoga Allah bagi hidayah, kesian tengok dah tua... Islam pulak tu. Speaking macam orang puteh...perangai estet! Pengajaran di sini jangan sombong sangat," katanya.
Perkongsian Sheila itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.
Rata-rata memintanya untuk banyakkan bersabar dalam melayan ragam manusia.
"Orang tua sombong masa muda tak tahu lah macam mana kan kak. Sabarlah, kita jadikan sebagai pengajaran untuk kita.
"Itulah tak ada adab dan rasa rendah diri dalam diri. Pandang mendongak ke langit, rumput di bumi yang dipijak dilupakan. Rasa hidup selama-lamanya, tak akan mati, lupa Allah..Allahuakbar," komen sebahagian netizen.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live