Pelakon baru Alya Iman, 19, akui selesa menjalin cinta dengan kekasihnya, Ridhwan Rosli.

Malah, anak kepada pelakon lagenda Allahyarham Azmil Mustapha ini juga berharap agar hubungan mereka berpanjangan hingga ke alam perkahwinan.

"Kami mengenali antara satu sama lain dengan baik sejak bulan Jun lalu, tetapi saya sudah tahu kewujudan dia lama sebelum itu.

"Ridhwan pun cakap kalau ada jodoh tak kemana, jadi, kita doa yang baik-baik, kalau boleh saya pun nak panjangkan hubungan kami ini hingga ke jenjang pelamin, Insya-Allah," kata Alya kepada Gempak.

Alya berkata demikian ketika ditemui di Laun-Jink Party di Black Box MAPKL, Publika baru-baru ini.

Bercakap mengenai kontroversi mengaitkan seorang ahli perniagaan yang juga suami orang sebelum ini, Alya mengatakan dia sudah 'move on' dan tidak akan mengulangi kesilapan sebegitu lagi.

"Bagi saya, bila perkara sudah jadi sekali, orang akan cari keburukan atau kesalahan, apa yang saya buat betul pun orang boleh cakap salah.

"Jadi, saya pun terima sahaja, saya tak mampu kawal keadaan sebegini, yang penting saya sudah beri penjelasan kepada orang-orang yang saya rasa penting dan saya sudah 'move on'.

" Saya dah buat silap dan tak akan ulang semula kesilapan itu, bab komen ataupun kritikan dari netizen, saya tak mahu ambil hati sangat," katanya lagi.

Terdahulu, Alya mendakwa dirinya sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang.

BACA: "Saya Telah Bertunang Dengan..." - Dituduh Jadi Perosak Rumah Tangga, Ini Penjelasan Alya Iman

Kontroversi semakin panas apabila isteri kepada ahli perniagaan itu tampil memberi kenyataan.

BACA: Isteri Ahli Perniagaan Dakwa Suami Jalin Hubungan Sulit Dengan Pelakon Alya Iman?

BACA: "Saya Muda & Naif" - Alya Iman Minta Maaf Secara Terbuka

Namun, Alya kini telah meninggalkan kisah silamnya itu dan meneruskan kehidupan dengan pengganti baru.

BACA: "Dia Adalah Teman Lelaki Saya" - Alya Bercinta Dengan Lelaki Anak Dua