Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Saya Dah Muslim Kena Tulis Cara Islam, Takkan Tweet Bajet Kafir Pula" - Adam Corrie

Amri Hassan
16/08/2018 03:56 MYT
Pelakon Adam Corrie meluahkan rasa kesal terhadap segelintir pengguna media sosial yang memerlinya.

Adam memberikan respon terhadap netizen yang menuduhnya hipokrit dan sering memuatnaik status 'bajet' Islamik.

"Saya sekarang dah muslim, kena la tulis cara orang Islam.

"Tak kan nak tulis cara orang bukan Islam, tak kan la tweet bajet kafir pula. Minta simpang," tulisnya di Twitter.



Netizen yang menyokong tindakan Adam itu turut memberikan kata-kata semangat kepada pelakon filem KL Gangster itu.

"Mengajak kepada kebaikan memang sentiasa ada cabaran," tulis @sengaja_saja.

"Jangan pedulikan apa orang cakap bang. Teruskan dengan usaha abang. Semoga Allah balas segala yang abang buat dengan ganjaran pahala. Memang semua orang ada mulut tapi tak semestinya ada otak," tambah @bujeem97.

Adam yang berasal dari Pulau Pinang telah memeluk agama Islam pada 13 Julai 2007.
#pelakon #Viral #Pelakon #Viral #Twitter #Adam Corrie
;