Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Saya Dah Tak Nak Orang Pandang Rendah…”- Balkiysh Pasang Badan Untuk…

Syafiqah Jalal
04/10/2019 09:41 MYT
Pelakon Balkisyh Semundur Khan mendedahkan ramai peminat yang tidak percaya dengan perubahan dirinya kini yang semakin jelita.

Balkisyh yang dikenali dengan watak Atul dalam drama Mak Cun berkata, dia melakukan transformasi diri itu kerana mahu membina keyakinan diri serta tidak mahu dipandang rendah oleh mana-mana pihak.

“Semalam jalan-jalan kat event di Angsana Mall, Johor Bahru.. Ramai yang tak perasan saya. Ada yang tertanya-tanya Atul ka tu? Termasuk kawan-kawan selebriti, lain benar katanya. Hampa nak tahu kenapa kami transform?

“Sebab saya nak bina keyakinan diri… Sebab saya dah tak nak orang pandang rendah kat saya lagi..Y aa dulu saya memang tak minat nak cantik-cantik ni.. Bagi saya leceh semua tu.. Tapi saya lupa yang saya ni seorang wanita,” tulisnya.

Tambah Balkisyh, pengalaman lalu yang ditempuhinya sudah cukup untuk mematangkan diri.

“Pengalaman yang lepas dah cukup untuk mematangkan diri saya.. Sekarang saya menuju ke dunia kecantikan untuk masa depan saya dan anak-anak yang lebih baik.. Walaupun saya dah transform jadi cantik tapi saya masih tak sombong dengan hampa semua kan,” tulisnya.

Balkisyh berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut dia memuat naik foto terbaharunya.

Perkongsian itu bagaimana pun menarik perhatian pengikutnya yang rata-rata menjadikan ia sebagai inspirasi kepada wanita lain untuk menjaga kecantikan.

Semalam jalan2 kat event di angsana mall, j.bahru..ramai yg tak perasan sy..ada yg tertanya2 atul ka tu??termasok kwan2 selebriti..lain bebenor katanya ?..hampa nak tau knapa kami transform?? . sbb sy nk bina keyakinan diri..sbb sy dah x nak org pandang rendah kt sy lagi..yaa dulu sy mmg tak minat nk cantik2 nie..bg sy leceh semua tu..tp sy lupa yg sy nie seorang wanita ?..pgalaman yg lepas da ckop utk mematangkan diri sy..skarang sy menuju ke dunia kecantikan..untuk masa depan sy & anak2 yg lebih baik..walupon sy da transform jd cantik tp sy masih tak sombong dgn hampa smua kan ??.. . sy nie mmg jenis cerewet orgnya..bkn senang sy nk cuba sesuatu benda tak mendatangkan hasil & tiada apa2 perubahan..jadi sy nak share apa yg sy pakai skang ni kt hampa smua..cuma hampa kena dm shaja..klu lmbat reply tu faham2laa hampa ey sbb ramai sgt yg tanye ??.. . nak kulit bersih + lembut + flawless + jerawat kecut + muka bersih + badan fit + ade energy meh dm saya.. #jomtransformjadicantik #dmnaktahurahsiasaya

A post shared by Balkisyh Semundur Khan (@qalesyakiss) on

#pelakon #Pelakon #Balkisyh #Cantik #Atul
;