“Saya Dan Fattah Okay, Kami Cuma Sibuk” - Fazura
Umirah Halim
22/07/2024 07:15 MYT
22/07/2024 07:15 MYT
Pelakon Fazura tampil membuka mulut susulan ada dakwaan beberapa pihak yang mengatakan rumah tangganya bersama suami, Fattah Amin dikatakan sedang bergolak.
Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin,40, berkata, dia tidak tahu hujung pangkal berhubung kontroversi yang menjadi sorotan media sejak kebelakangan ini.
“Saya memang amat terkesan dengan apa yang terjadi disana ramai kehilangan anak, keluarga tapi ia adalah tidak sesuai untuk saya tunjukkam kebahagiaan keluarga saya.
“Tetapi saya ada akaun private akaun saya @fattzuralovelife sebelum ni kita public tapi sekarang dah private kan jadi sesiapa dalam tu sahaja yang boleh tengok,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Koleksi Merdeka Prospec KPM x Fazura di The Westin Kuala Lumpur baru-baru ini.
Bagi menghentikan spekulasi yang bertebaran, Fazura menafikan dakwaan berkenaan dan memaklumkan bahawa dia memilih untuk tidak menunjukkam kemesraan bersama keluarga di media sosial atas alasan menghormati isu Palestin.
Sebelum ini, viral dakwaan rumah tangga Fazura dan Fattah Amin bergolak berikutan jarang memuat naik foto bersama di media sosial sejak beberapa bulan yang lalu.
Tak tahu hujung pangkal spekulasi rumah tangga
Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin,40, berkata, dia tidak tahu hujung pangkal berhubung kontroversi yang menjadi sorotan media sejak kebelakangan ini.
“Sebenarnya saya tak tahu hujung pangkal daripada mana cerita ini bermula. Kawan-kawan mesej saya tanya hubungan dengan Fattah okey tak. sejujurnya sekarang saya limitkan hantaran sebab isu palestin.
“Saya memang amat terkesan dengan apa yang terjadi disana ramai kehilangan anak, keluarga tapi ia adalah tidak sesuai untuk saya tunjukkam kebahagiaan keluarga saya.
“Tetapi saya ada akaun private akaun saya @fattzuralovelife sebelum ni kita public tapi sekarang dah private kan jadi sesiapa dalam tu sahaja yang boleh tengok,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Koleksi Merdeka Prospec KPM x Fazura di The Westin Kuala Lumpur baru-baru ini.
ARTIKEL BERKAITAN:“Inilah Peneman Saya” - Keluarga Sentiasa No. 1, Fattah Amin Jadikan Foto Fazura & Fatima Sebagai Wallpaper Telefon Bimbit
ARTIKEL BERKAITAN:“Jodoh Dah Ada Depan Mata Tapi…” - Fattah Amin Kongsi Detik Cinta Berputik Dengan Fazura
ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Untunglah Suami Penyabar, Isteri Tak Berapa” - Gelagat Fattah Amin Betulkan Tudung Fazura Tarik Perhatian Netizen
ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Netizen Tak Mampu Tahan Gelak Layan Video “Husbaby” Fattah Amin Make Up Fazura; “Senyum Je Aku Tengok Video Ni”
ARTIKEL BERKAITAN: “Izin Suami Dengan Siapa Faz Wajar Berkawan Juga Wajib Diberikan Keutamaan” - Fazura
Pilih untuk tidak tunjukkan kemesraan keluarga
Bagi menghentikan spekulasi yang bertebaran, Fazura menafikan dakwaan berkenaan dan memaklumkan bahawa dia memilih untuk tidak menunjukkam kemesraan bersama keluarga di media sosial atas alasan menghormati isu Palestin.
“Kalau ada spekulasi-spekulasi itu memang tak betul, saya dan Fattah okay kami cuma sibuk. Fattah keluar pagi balik malam. Tak ada masa nak tunjuk kemesraan.
Sebelum ini, viral dakwaan rumah tangga Fazura dan Fattah Amin bergolak berikutan jarang memuat naik foto bersama di media sosial sejak beberapa bulan yang lalu.