Laman Utama

“Jodoh Dah Ada Depan Mata Tapi…” - Fattah Amin Kongsi Detik Cinta Berputik Dengan Fazura

gempak
Asyikin Mayudin
10/10/2023
06:55 MYT
Sponsor Banner
“Jodoh Dah Ada Depan Mata Tapi…” - Fattah Amin Kongsi Detik Cinta Berputik Dengan Fazura
Kalau dah jodoh tak ke mana… Itulah yang boleh digambarkan mengenai pasangan selebriti terkenal iaitu aktor Fattah Amin dengan isterinya, aktres Fazura.
Berkongsi mengenai pertemuan pertama di set penggambaran filem, Fattah mengakui dia sememangnya sudah menyimpan perasaan minat terhadap isterinya sejak awal menceburi bidang lakonan.
“Jujur saya peminat Fazura juga dulu… saya kalau ikutkan memang saya, yela kita tak pernah terbayang kita jadi pelakon kan, saya ingat lagi pertama kali saya jumpa Fazura dalam satu filem.
“Saya extra (pelakon tambahan), waktu saya baru sangat berlakon. Jadi waktu itu orang cakap, jodoh sebenarnya Allah dah aturkan. Jodoh dah ada depan mata., tapi belum ditemukan lagi. Belum sampai lagi,” kongsinya.
Pada perkongsian yang sama, Fattah melahirkan rasa syukur atas takdir jodoh antara dia dan Fazura sehingga membawa ke alam rumah tangga serta mempunyai seorang cahaya mata pertama bernama Nur Fatima Aisya.
“Tapi waktu itu ada rasa, macam ‘eh minatnya Fazura ini kan’. Kemudian lepas itu, dah ditakdirkan Allah jodoh, sampai jodoh, berkahwin dan akhirnya sekarang dah ada Fatima,” katanya lagi.
Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan cahaya mata bernama Nur Fatima Aisya yang berusia tiga tahun.
BACA SINI: Sahabat Sanggup Keluar Duit Buat Kejutan Hari Lahir Fazura - “Ada Yang RM500, Beribu Pun Ada”
BACA SINI: [VIDEO] “Untunglah Suami Penyabar, Isteri Tak Berapa” - Gelagat Fattah Amin Betulkan Tudung Fazura Tarik...
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024