Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Saya Datang Dari Singapura, Tak Kenal Sesiapa dan Dia..."- Elfaeza Buka Mulut Pasal Tiz!

Kamaruddin Razal
15/11/2019 08:25 MYT
Pelakon Elfaeza Ul Haq mendedahkan bahawa aktres Tiz Zaqyah merupakan individu yang banyak membantunya ketika mula-mula datang dari Singapura untuk mencuba nasib berlakon di sini.

Elfaeza atau nama sebenarnya, Siti Elfaeza Mohmed Ehsan Ul Haq, 34, berkata, dia terhutang budi dengan kebaikan Tiz yang memberikan banyak tunjuk ajar ketika dia tidak mempunyai kenalan di sini.

"Saya datang dengan menaiki penerbangan dari Singapura dan terus ke set penggambaran.

"Saya tidak kenal sesiapa pun, bahkan saya tidak tahu apa yang saya buat ketika itu...dan dia (Tiz) menyambut baik kehadiran saya," katanya.

Hal itu dikongsikan Elfaeza menerusi satu posting di Instagram dengan memuat naik foto dirinya bersama Tiz.

"Individu berjiwa murni yang berada di sebelah saya ini merupakan individu pertama yang saya berlakon sama ketika mula-mula datang kerja di Malaysia. Kami berlakon dalam telefilem, Biarlah Rahsia," tulisnya.

This beautiful soul right beside me was the first person I acted with during my first stint here in Malaysia. It was a telemovie, Biarlah Rahsia... . I flew in from Singapore straight into the set. Didn’t know anyone, didn’t know what I was doing... and she helped made me feel welcomed... . She was kind to me and generous with her advise and made the whole experience bearable... . Just want to let you know that your presence made a huge difference that time and it is much appreciated till today... . Thank you @tiz.zaqyah May Allah reward you for your kindness towards me and make it one of the reasons for you to attain Jannah... . Amin . #Asmallactofkindnessgoesalongway❤️

A post shared by ELFAEZA UL HAQ (@elfaezaulhaq) on


Kata Elfaeza, dia tidak akan sesekali melupakan segala kebaikan dan budi pekerti yang telah diberikan oleh pelakon yang popular dengan drama Nur itu.

"Saya mahu anda tahu bahawa kehadiran anda pada masa itu benar-benar bermakna dan saya hargai sehingga ke hari ini,

"Terima kasih Tiz. Semoga Allah memberkati kebaikan awak terhadap saya," tulisnya.

Pelakon kelahiran Singapura itu mula berlakon pada 2006 di Singapura sebelum mencari peluang mencipta nama di negara ini pada 2012.
#pelakon #Pelakon #Tiz Zaqyah #Elfaeza Ul Haq
;