Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Drama

"Saya Dengar Tajuk Pun Dah Takut, Boleh Ker Curang Tanpa Niat?" - Mira Filzah

Umirah Halim 25/12/2024 | 08:55 MYT
Pelakon Mira Filzah enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu curang meskipun perlu terlibat dalam naskhah yang mengangkat isu masalah rumah tangga, Curang Tanpa Niat.

Menurut Mira atau nama lengkapnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 31, isu curang ini hanya akan berlaku sekiranya kedua-dua pihak membenarkannya.

“Dengar tajuk drama ini pun sudah menakutkan. Boleh ke curang dilakukan tanpa niat? Secara umumnya, saya tidak pernah berada dalam kedudukan atau situasi itu tetapi perkara ini melibatkan dua belah pihak. Takutlah nak komen,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Bakal Gantikan ‘Andai Tiada Dia’, Watak Mira Filzah Dengan Ummi Nazeera Ada Perbezaan - “Tahap Kesakitan Juga Berbeza

BERITA TRENDING: Mira Filzah Percaya Suami, Tiada Masalah Berlakon Drama Kecurangan - “Saya Sangat Bersyukur Kerana…”

BERITA TRENDING: “Semua Wanita Takut Sekiranya Rumah Tangga Diganggu Orang Ketiga” - Mira Filzah

Mengulas mengenai watak sebagai Elina, kali ini Mira perlu menterjemahkan watak sebagai suri rumah yang penuh dengan sifat keibuan, polos sehinggakan membuka peluang kepada suaminya mengambil kesempatan terhadap kebaikannya.

“Elina adalah seorang true lover yang percaya seumur hidupnya ia hanya bisa jatuh cinta pada satu orang sahaja. Penuh dengan sifat keibuan, penyayang, pemaaf, seringkali menjadi sasaran empuk bagi orang-orang yang berniat buruk, termasuk suaminya sendiri.

“Watak Mira sebagai Elina ini merupakan seorang wanita yang sangat simple dan suri rumah tangga sepenuh masa. Elina seorang yang relaks dan tidak bersiap. Elina memang diberikan ‘look’ mak-mak yang sentiasa rushing. Dalam pada masa yang sama ada cerita yang melibatkan suami Elina, kena tonton untuk tahu penceritaan selanjutnya,” ujarnya lagi

Drama Curang Tanpa Niat (The Office Wife) mula disiarkan pada 23 Disember lalu di Astro Ria. Drama dengan 32 episod ini mempamerkan gandingan lakonan Shukri Yahaya, Mira Filzah dann Sharifah Sakinah dan diarahkan oleh Eyra Rahman dan diterbitkan oleh I Fabulous Art Media & Event Sdn. Bhd.

Drama ini juga turut memaparkan lakonan Hasnul Rahmat, Fadhlan Hazim, Nafiez Zaidi, Zarina Anjoulie, Fauzi Nawawi, Shiela Mambo, Kaza Saisi, Evertt Gomes (Hero Remaja 2024), Aqza Aziz (Dewi Remaja 2024).

Sinopsis

Sebuah drama keluarga yang penuh dengan konflik dalam kehidupan perkahwinan Eshaal dan Elina yang sebelumnya bahagia mula terbongkar. Hubungan antara dua rakan sekerja, Eshaal dan Astrid, pada awalnya membuatkan Astrid menganggap Eshaal hanya sebagai 'Suami Pejabat'. Malangnya, mereka terjebak dalam hubungan intim yang terlarang. Elina, seorang isteri yang setia dan penuh kasih sayang, sangat terluka dengan keputusan suaminya yang meninggalkannya dan anak-anak mereka untuk mengejar kebahagiaan dan kehidupan baru bersama Astrid. Namun, perjalanan cinta Eshaal dan Astrid tidak seindah yang mereka bayangkan, kerana Astrid menyimpan banyak rahsia. Apabila niat sebenar Astrid terbongkar, Eshaal menyesali tindakannya dan memohon kepada Elina untuk menerimanya kembali. Mahu mempertahankan keluarga demi anak-anak mereka, Elina menerima Eshaal semula, tetapi dia, yang masih

#Drama #Tanpa #Curang #Mira #Takut #Filzah #Niat
;