“Semua Wanita Takut Sekiranya Rumah Tangga Diganggu Orang Ketiga” - Mira Filzah
Pelakon, Mira Filzah bersikap terbuka untuk terlibat dalam naskhah yang mengangkat isu masalah rumah tangga melibatkan isu ‘curang’.
Anggap berlakon seperti ibadah
Meskipun tidak membawa watak sebagai ‘orang ketiga’, Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman, 31, berkata, tugasnya hanyalah untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pelakon.
Malah, akui lakonan itu tidak sama sekali memberi impak dalam kehidupan peribadinya.
"Dalam semua drama sebenarnya ada watak penyondol atau orang ketiga, kebetulan sahaja tajuk drama saya menggunakan perkataan curang.
"Nak kata takut itu tidaklah, apa yang saya berlakon itu semuanya sebahagian daripada kerja.
"la adalah tanggungjawab saya sebagai pelakon dan kerja itu juga adalah sebahagian daripada ibadah," katanya ketika ditemui di sidang media Hikayat Bawah Putih Bawang Merah yang diadakan di TGV Bandar Utama, baru-baru ini.
BERITA TRENDING: Koleksi Beg Tangan Mewah Fazura Buat Netizen Kagum - “Memang Kaya Sungguh…”
BERITA TRENDING: Didakwa Buka Aib Bekas Suami, Netizen Nak Cance
BERITA TRENDING: Bekas Suami Minum Ketum, Pelakon Wanita Dedah
BERITA TRENDING: Fattah Amin Steady! Lumba Lari Kalahkan Nabil -
Sementara itu, apabila diminta mengulas mengenai isu orang ketiga yang sering dipaparkan dalam drama, Mira bagaimanapun memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut.
Menurut Mira, setiap wanita pasti tidak mahu hubungan mereka diganggu oleh orang ketiga.
"Kebanyakan drama yang saya lakonkan sebelum ini pun ada kisah tentang orang ketiga. Contonya drama Pujaan Hati Kanda, Cinta Si Wedding Planner semua ada orang ketiga.
"Tapi saya sebenarnya tidak mahu komen tentang isu penyondol ini. Saya percaya semua wanita akan takut sekiranya rumah tangga mereka diganggu oleh orang ketiga," ujarnya.
Untuk info, Mira bakal bergandingan bersama pelakon Shukri Yahya dalam drama berjudul Curang Tanpa Niat, yang kini sedang menjalani penggambaran dan bakal ditayangkan di slot Mega Drama Astro Ria bermula Disember ini.
Dalam perkembangan lain, Mira bakal muncul dengan drama terbaharu iaitu Hikayat Bawah Putih Bawang Merah yang akan ditayangkan di Astro Ceria bermula 21 Oktober ini.
Untuk info, drama empat episod Hikayat Bawang Putih Bawang Merah yang akan disiarkan di Astro Ceria bermula 21 Oktober ini.
Selain Mira, Hikayat Bawang Putih turut dibintangi barisan pelakon terkenal termasuk Kamal Adli, Nabila Huda, Amalina Arham dan Datin Lisa Surihani.