Laman Utama

"Saya Dibiarkan Terpintal-Pintal Tahan Sakit... Hujung Dah Ni" - Amar Asyraf Hampir Tercirit, Gelabah Stesen Minyak Tiada Air

Amri Hassan
15/10/2021
08:50 MYT
Pelakon Amar Asyraf berdepan detik cemas apabila perlu 'melepas hajat' ketika hampir kebanyakan kawasan di sekitar Selangor berdepan gangguan bekalan air.
Cerita Amar, keadaannya lebih menduga apabila tidak dibenarkan menggunakan tandas awam di sebuah stesen minyak berhampiran destinasi yang ditujunya.
"Pagi tadi saya keluar untuk beli stok, kemudian tiba-tiba perut saya sangat sakit. Ditakdirkan, hari ini hari pertama tiada air.
"Sepanjang lebih kurang 10 kilometer saya menahan sakit perut saya. Sepanjang jalan tiada satu pun stesen minyak di sebelah jalan saya. Akhirnya saya sampai di stesen minyak berdekatan destinasi saya.
"Saya keluar dari kenderaan dengan keadaan tergesa-gesa. Maklumlah betul hujung. Sampai depan pintu tandas, ada notis tiada air. Keluar seorang kakak dari stesen minyak tersebut, terus bagitahu tandas tutup, takde air.
"Tapi kakak tu keluarkan kunci, buka pintu bilik air dan masuk ke dalam bilik air uniseks tersebut. Kejam.
"Saya terfikir tak apalah saya beli air mineral dalam 10 botol, saya gunakan air tersebut untuk proses istinjak nanti. Perut saya memulas tanpa belas kasihan. Sejurus kemudian keluar kakak manis tadi dari dalam tandas, tangannya basah. Saya utarakan idea saya pada dia, supaya saya dapat gunakan tandas, kemudiannya dia kata tak boleh.
"Saya beritahu dah hujung betul dah ni. Sakit. Tak boleh jalan. Pankreas saya menjerit, rektum saya menangis, usus kecil mengerang, skrotum saya sudah tidak mampu menerima kepitan kaki saya menahan kesakitan.
"Kakak tersebut melihat saya yang terpintal-pintal ibarat tuala basah nak dikeringkan dalam keadaan tersenyum dan berkata 'akak masuk dulu ye dik'. Kejam, dibiarkan saya menahan sakit di situ. Kejam!" katanya menerusi hantaran di Instagram.
Bagaimanapun, Amar menuju ke lokasi berhampiran dengan stesen minyak berkenaan untuk menyempurnakan urusannya.
"Lama saya berdiri, sambil kedua belah tangan menggenggam penumbuk. Menahan sakit, bukan marah. Muka saya dah tak boleh bawa bincang.
"Yang kat bawah tu pula main-main dengan saya, nak masuk, nak keluar. Saya hanya mampu berdoa dalam hati," katanya yang akhirnya dapat menggunakan tandas di sebuah kedai perabot.
Cerita Amar lagi, situasi meruncingnya ketika itu umpama percaturan hidup dan mati.
"Saya gagahkan juga, saya berjalan setiap langkah jadi taruhan. Ketika itu tiada sesiapa pun tahu saya sedang bertarung nyawa!
"Adik cari apa? Saya jawab nak cari meja pendek je kak. Saya doa ya Allah turunkanlah air. Saya minta izin ke tandas, ada dua bilik air. Saya masuk yang pertama tiba-tiba pulas pili, tak ada air!
"Nasib tak keluar apa-apa lagi. Saya dah tak boleh tahan. Saya pergi bilik air sebelah, terus check air dan mujur ada!" tambah Amar.
Insiden itu dedah Amar disebabkan minuman diet miliknya yang diambilnya pada waktu pagi sebelum keluar dari rumah.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Michael Ang Tak Ada Komen Isu Langgar Kontrak, Biar Peguam Selesaikan Isu

gempak
24/07/2024
08:55 MYT
Penerbit dan pengarah, Michael Ang menyatakan dia tidak mempunyai sebarang komen berkaitan tindakan saman yang bakal diambil terhadap dirinya.
Viral

Jennifer Coppen Nafi Dali Wassink Kemalangan Akibat Mabuk, Bertengkar Sebelum Kejadian… Kongsi Pesanan Terakhir Suami

gempak
22/07/2024
15:55 MYT
Jennifer turut menafikan dakwaan yang dia dan Dali bertikam lidah sebelum kejadian tersebut.
Hiburan

Tak Mahu Ulas Tentang Isu Rumah Tangga, Mawar Rashid Mahu Fokus Besarkan Anak

gempak
21/07/2024
23:58 MYT
Pelakon Mawar Rashid, 29, tidak mahu membahaskan mengenai bekas suami, Raf Yaakob, 39, selepas berpisah pada November tahun lalu kerana bimbang timbul salah faham antara mereka berdua.
Hiburan

Ruhainies Sebak Rai Pra-Hari Jadi Ke-32, Tahlil & Doa Selamat, Kongsi Rezeki Bersama Pelajar Tahfiz

gempak
21/07/2024
08:30 MYT
Pelakon sensasi Ruhainies seakan-akan gagal menahan sebak ketika sambutan pra-ulangtahun kelahirannya ke-32 pada Sabtu.
Hiburan

Teman Wanita Dakwa Dipukul Pelakon Tarik Balik Laporan Polis

gempak
20/07/2024
07:30 MYT
Wanita yang membuat laporan polis mendakwa dipukul teman lelakinya yang juga pelakon sudah menarik balik aduannya.