Hiburan
"Saya Doakan Yang Baik-Baik Buat Lufya Dan Saya Harap..." - Dr Che Hafiz
Semalam Dr Che Hafiz atau nama sebenarnya Che Muhammad Hafiz Che Baharum mengakui telah bercerai talak satu dengan Lufya Omar pada 17 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.
Lufya yang kemudiannya dihubungi oleh pihak Gempak mengakui tentang status perkahwinan bersama bekas suaminya itu, tetapi pada awalnya enggan memberikan sebarang komen.
Baca: "Dia Nak Keluarkan Kenyataan Apa-Apa Ke, Lantak Dialah.. Biar Dia" - Lufya Omar Buka Mulut Isu Cerai
Namun selepas itu, dalam satu kiriman mesej kepada Astro Gempak, Lufya memberitahu bahawa penceraian itu terjadi disebabkan kegagalan Che Hafiz dalam melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya digalas sebagai suami dan bapa.
Baca: "Saya Simpan, Tak Perlu Hebahkan Kerana Mengaibkan.." - Lufya Dah Cukup Bersabar, Ada Bukti...
Terbaru di Instagram milik Che Hafiz, dia memuat naik satu status mengenai penceraiannya itu.
"Bismillahirrahmanirrahim. Sesungguhnya diam itu adalah lebih baik dari berkata-kata, itu saya sangat setuju tetapi kalau terlalu diam pun sebenarnya adakalanya bahaya juga untuk diri kita.
"Saya yakin di mana setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga di atas muka bumi ini tidak ada satu pun yang akan beritahu matlamat mereka selepas berkahwin adalah semata-mata untuk bercerai," tulis Che Hafiz.
Tambah Che Hafiz, tidak kira suami atau isteri pastinya ingin membina keluarga bahagia hingga ke akhir hayat mereka.
"Melainkan Sehinggalah jalan terakhir untuk setiap permasalahan yang berlaku di dalam rumah tangga di mana hanya penceraian sahaja adalah jalan terbaik selepas pelbagai usaha yang telah dilakukan demi menyelamatkan hubungan sesebuah perkahwinan.
"Walaupun saya dan Lufya sudah tiada apa-apa lagi ikatan hubungan suami isteri secara sah dan setelah apa yang saya lalui.saya redha dan terima perkara ini dengan baik.saya percaya disebalik apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya," tulis Che Hafiz lagi.
Di dalam entri tersebut, Che Hafiz turut memberitahu bahawa dia tetap akan mendoakan yang baik-baik buat Lufya dan meminta Lufya menjaga anak mereka, Lanaa Haura dengan baik.
"Akhir sekali saya berharap agar doa saya untuk meluangkan masa dengan anak saya tercapai dan semoga saya dapat laksanakan tanggungjawab sebagai seorang bapa dengan sempurna tanpa disusahkan atau mendapat sebarang halangan," tulisnya lagi.
Che Hafiz dan Lufya mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya perempuan, Laana Haura yang kini berusia tiga tahun.
Must-Watch Video