Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Saya Dulu Sekolah UPSR Dapat 5A" - Pavithra Tak Dapat Habiskan Belajar, Terpaksa Tolong Bapa Gara-Gara ...

ZULHILMI JALIL
21/05/2020 04:25 MYT
Di sebalik kisah YouTuber, S. Pavithra yang mencuri tumpuan ramai dengan video-video masakannya, sebenarnya, ada kisah yang lebih menyentuh hati mengenai ibu kepada dua anak ini.

Menurut Pavithra, ketika zaman remaja, dia tidak dapat menghabiskan pelajaran di sekolah gara-gara berdepan masalah kewangan akibat kesempitan hidup keluarganya.

"Saya dulu sekolah rendah UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) dapat 5A. Bahasa Melayu memang subjek kegemaran saya. Cuma, apabila ke Sekolah Menengah saya hanya dapat belajar separuh jalan sahaja. Tingkatan 4 pun tak habis belajar.

"Saya dari kecil memang susah. Hari-hari pergi sekolah, naik bas tambang, tapi selalu tak dapat pergi sekolah sebab susah. Jadi, saya tak dapat belajar dengan baik," katanya ketika dihubungi Gempak.

Menurut Pavithra lagi, sebaik berhenti sekolah, dia membantu bapanya yang merupakan buruh binaan untuk mencari wang dengan bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang.

"Ayah kemudian suruh saya kerja, sebab kami susah. Jadi, bantu dia cari wang. Lagipun, ketika itu saya paling tua kerana kakak sulung dijaga oleh nenek.

"Sewaktu kerja di kilang, saya banyak bergaul dengan lebih ramai kawan-kawan Melayu. Dari situlah bahasa Melayu saya menjadi lagi fasih," katanya merupakan anak kedua daripada lima beradik.



Terdahulu, kisah Pravithra yang merupakan keturunan India mencuri tumpuan rakyat Malaysia dengan video masakannya yang menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.

Video masakan itu turut mencuri tumpuan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehingga kini, saluran YouTube Sugu Pavithra sudah mencecah 578,000 subscriber dalam tempoh tiga bulan sahaja.

BACA: "Gaji YouTube Pertama Saya RM900 Sahaja, Siapa Yang Kata Saya Dah Terima Beribu-ribu Itu Tipulah" - Sugu Pavithra Mampu Buat 4 Video Seminggu

Ia merupakan usahanya untuk membantu suaminya, M. Sugu yang bekerja sebagai seorang buruh ladang dengan pendapatan sekitar RM1,000 sebulan sahaja.



Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

#Youtuber #UPSR #Sugu Pavithra
;