Laman Utama

“Saya Faham Kekangan Mereka & Saya Tinggal Modul Pembelajaran Di Pondok Sekolah Untuk Mereka Ambil… - Pelajar Cikgu Mustakim Minta Maaf

Fiza Kamarudin
28/11/2020
07:40 MYT
Guru yang tular baru-baru ini mengakui ramai pelajar menghubunginya untuk memohon maaf dan berjanji akan hadir ke kelas pada masa akan datang.
"Selepas tular baru-baru ini, ramai pelajar menghubungi saya memohon maaf dan berjanji hadir ke kelas saya pada masa akan datang," kata guru Mata Pelajaran Vokasinal (MPV) Seni Reka Tanda, Mustakim Bajoori.
Mustakim, 56, berkata, dia akui pembelajaran secara dalam talian sukar dilaksanakan kerana rangkaian Internet di kawasan kampung tidak begitu baik.
"Banyak kekangan dihadapi pelajar seperti tidak mampu membeli data dan terpaksa berkongsi telefon pintar bersama adik-beradik," katanya yang tinggal di Tanjung Karang, Selangor.
Menurutnya, bagi membantu, dia menghantar modul pembelajaran kepada pelajar dengan cara meninggalkannya di pondok sekolah untuk dikutip.
"Saya ada juga rasa kecewa kerana terdapat ibu bapa kurang prihatin dengan pembelajaran anak-anak terutama ketika terpaksa menggunakan cara dalam talian," katanya.
Sebelum ini kekecewaan Mustakim tular selepas anaknya, Nur Nuha Narisya berkongsi tangkap layar kelas dalam talian bapanya yang tidak disertai pelajar.
[[BACA: Kesiannya Abi, Dia Buat Class Budak-Budak Dia Sorang Pun Tak Masuk…” – Alahai…Kesian Cikgu Ni, Tunggu Anak Murid…]]
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Cikgu Fadli Salleh Harap Kes Zulfarhan Jadi Iktibar - “Jangan Lagi Nak Sorok Kes Semata-Mata Jaga Nama, Nyawa Lebih Penting!”

gempak
24/07/2024
09:50 MYT
Guru Matematik terkenal, Mohd Fadli Salleh berharap kes buli yang melibatkan Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain menjadi iktibar di negara ini.
Berita

Guru Pusat Jagaan Direman Seminggu Kerana Pukul Kanak-Kanak Autisme

gempak
19/07/2024
10:30 MYT
Seorang guru lelaki di sebuah pusat jagaan kanak-kanak direman selama seminggu selepas didakwa menendang dan memukul kanak-kanak autisme berusia 6 tahun.
Berita

Himpunan #KamiMahuAir: Bersih Seru Kerajaan Tegakkan Keadilan Untuk Guru, Pelajar Yang Ditahan

gempak
18/06/2024
21:34 MYT
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyeru Kerajaan Perpaduan menegakkan hak asasi terhadap seorang guru dan lapan pelajar Sekolah Alternatif di Sabah yang dipercayai ditahan semasa himpunan #KamiMahuAir Jumaat lalu.
Berita

TERKINI: Tiga maut, 37 Cedera Dalam Kemalangan Melibatkan Rombongan Guru

gempak
09/06/2024
03:35 MYT
Tiga termasuk seorang lelaki maut termasuk 37 orang cedera selepas bas persiaran membawa rombongan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Lebuhraya Tun Abdul Razak berhampiran simpang tiga Keratong, Muadzam Shah pada awal pagi Ahad.
Berita

Guru Muzik SMK Ditahan Reman Kerana Didakwa Hisap Kemaluan Pelajar Ketika Tidur

gempak
09/06/2024
00:55 MYT
Seorang guru lelaki ditahan reman tujuh hari bermula 8 Jun hingga 14 Jun di Kompleks Mahkahmah Melaka, Ayer Keroh gara-gara didakwa menghisap kemaluan pelajarnya yang sedang tidur pada Februari lalu.