Terkini

"Saya Fikir Saya Akan Mati" - Rahimie Affandie Buka Mulut, Cerita Dibelasah Dengan Walkie Talkie

gempak
Amri Hassan
10/03/2021
03:00 MYT
Sponsor Banner
"Saya Fikir Saya Akan Mati" - Rahimie Affandie Buka Mulut, Cerita Dibelasah Dengan Walkie Talkie
Individu yang didakwa menjadi mangsa dibelasah sekumpulan YouTuber ketika perlawanan futsal di Subang baru-baru ini, Rahimie Effandie akhirnya tampil bersuara.
BACA: YouTuber Terkenal Didakwa Belasah Pemain Futsal, Siap Bawa Kerambit?
BACA: YouTuber Gaduh Di Gelanggang Futsal Ditahan Polis
Menceritakan semula detik cemas ketika berdepan sekumpulan lelaki pada Jumaat lalu, kata Rahimie dia merupakan individu yang cuba mendamaikan ketika dua kumpulan bergeser pendapat ketika perlawanan sedang berlangsung.
Bagaimanapun Rahimie tidak menyangka dia menjadi sasaran kumpulan terbabit hingga dibelasah teruk.
"Saya tak kenal mereka, saya datang hanya untuk main futsal. Kejadian berlaku bermula dengan perselisihan faham, itu normallah dalam bola sepak (atau futsal) sebab itu sukan yang melibatkan sentuhan.
"Saya cuba meleraikan dan cakap dengan mereka kenapa perlu nak bergaduh?
"Kalau nak bergaduh pergi cari gelanggang. Kalau datang ke sini nak main (futsal), teruskan bermain.
"Dia terus tak henti bercakap, jadi saya tanya dia apa lagi yang tak puas hati? Kemudian saya minta pasukan saya datang dan minta maaf kepadanya. Dia cakap maaf kemudian beransur pergi.
"Tidak lama selepas itu dia datang balik bersama sekumpulan geng dan ada yang mula menjerit-jerit tanya siapa yang pukul saudara dia. Kemudian, ada seseorang yang menuding ke arah saya.
"Padahal, saya orang yang meleraikan pergaduhan itu," ceritanya menerusi sepotong video yang dimuat naik oleh Caprice.
BACA: Tanggung Rugi RM40,000, Subscriber Pula Berkurang Jadi 2.03 Juta...Isa Isarb Mohon Maaf!
Dedah Rahimie, dia dipukul berulang-kali oleh kumpulan terbabit hingga ada yang dipercayai memukulnya menggunakan walkie talkie.
"Mereka mula membelasah saya, pertama, kedua, dan ketiganya dengan menggunakan walkie talkie.
"Saya hanya fikirkan ibu saya, isteri saya, anak perempuan saya dan ayah saya. Saya fikir saya akan mati," tambah Rahimie.
Jumaat lalu tular sepotong video berdurasi 8 saat di media sosial yang menunjukkan aksi sekumpulan YouTuber bersama rakan-rakannya bertindak ganas memukul seorang pemain futsal hingga cedera.
Kejadian yang berlaku di Gelanggang Futsal Ferro di Subang sekitar pukul 10.20 malam itu difahamkan tercetus ekoran salah faham.
Dalam pada itu, menerusi ciapan pengguna di Twitter, ada pihak yang mendakwa YouTuber terbabit pada mulanya menjadi mangsa dipukul kumpulan Rahimie sebelum mendapatkan bantuan daripada kenalannya.
Menafikan perkara terbabit, tegas Rahimie tiada sebarang pergaduhan melibatkan sentuhan sehingga individu terbabit keluar dari gelanggang.
Rahimie juga menafikan dia dan kumpulannya berpakat untuk membelasah YouTuber itu selepas berlaku perselisihan pendapat secara verbal.
Ditanya kesediaan untuk berdamai dengan pihak terbabit kata Rahimie; "Saya hanya mahukan keadilan, itu saja."
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live