Hiburan

"Saya Gembira Kerana Kita Dapat Hidup Bersama Walaupun Untuk Seketika .." - Nadia Annuar

gempak
Zulaikha Yusof
23/05/2019
07:04 MYT
Sponsor Banner
"Saya Gembira Kerana Kita Dapat Hidup Bersama Walaupun Untuk Seketika .." - Nadia Annuar
Personaliti televisyen, Nadia Annuar meluahkan rasa rindu terhadap chef selebriti, Adamdidam yang meninggal dunia pada Ahad lalu.
Menurut Nadia, dirinya dan arwah Adam adalah sepupu tetapi keakraban mereka seperti adik beradik kandung.
Luahan itu dibuat menerusi sebuah video yang mengandungi kenangan foto mereka yang dimuat naik di akaun Instagram (IG) miliknya.
"Al fatihah buat adikku, Adam.. Saya masih merindukan awak setiap hari.
"Dunia ini mungkin masih rasa sama kepada orang lain tetapi bagi sesetengah daripada kita, ia tidak akan rasa sama lagi.
"Saya mendoakan awak setiap malam kerana saya masih berfikir tentang awak.
"Kita membesar bersama-sama sebagai sebuah keluarga..keluarga awak dan saya.
"Ibu kita mungkin adik-beradik yang membuatkan kita menjadi sepupu tetapi awak semua sudah seperti adik beradik saya juga.
"Saya juga boleh mengatakan bahawa saya lebih dekat dengan awak berbanding dengan adik beradik lelaki saya sendiri.
"Saya gembira kerana kita dapat hidup bersama walaupun untuk seketika selepas kita berjauhan.
"Terima kasih Allah kerana telah meminjamkan dia kepada saya dan menjadikan kita lebih dekat daripada sebelum Engkau mengambilnya.
"Saya masih teringat hari dimana saya menemani untuk uji bakat pertama Hero Oven awak dan betapa gemuruhnya awak.
"Bagaimana setiap hari kita akan berbincang berjam-jam mengenai apakah cabaran yang seterusnya. Dan bagaimana untuk mengatasinya.
"Tahulah bahawa Kakya bangga dengan awak Adam.
"Terima kasih kerana telah datang untuk mengucapkan selamat tinggal walaupun hanya di dalam mimpi saya.
"Anda akan sentiasa berada di dalam hati saya - Muhammad Adam bin Mahamed Ismail," tulisnya.
Bekas peserta Hero Oven ini meninggal dunia dipercayai akibat jangkitan paru-paru.
Al-Fatihah...Adam adikku....I still miss you everyday. The world might feel the same to other people..but for some of us, it will never be the same again. . I pray for you every night cos I still think about you. We grew up together....as one family yours & mine. Our moms might be siblings which makes us cousins but all of you are like my siblings too. I can even say im closer to you than some of my own brothers. . Im glad we got to stay together for a while after we grew apart. Thank you Allah for lending him to me & making us closer than ever before taking him away. . I remember those days when I accompanied you to your first Hero Oven audition and how nervous you were. How everyday we would discuss for hours on what would be the next challenge. And how to overcome it. Pls know that Kakya is so proud of you Adam. . Thank you for coming to say goodbye even just thru my dream.. . You’ll always be in my heart....-Muhammad Adam bin Mahamed Ismail- . I really want to hug you @drauntie.uk @thefamily.uk @ilurvesugar
A post shared by Nadia Annuar (@nadiaannuar) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024