Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Saya Gementar…” - Watak Marsha Dalam Rahsia Memang Superb!

Mya Amri
10/08/2023 06:50 MYT
Penyanyi dan pelakon, Marsha Milan akui gementar menantikan reaksi penonton berkenaan dengan lakonannya dalam filem reboot Rahsia.

Menurut Marsha, dia tidak tahu sama ada berjaya membawakan karakter Melor dengan baik atau tidak dan menyerahkan penilaian itu dibuat oleh penonton.

“Sebenarnya saya agak gementar sebab saya tidak tahu sama ada saya berjaya membawakan watak itu dengan baik atau sebaliknya.

“Sebab masa penggambaran, pengarah memberikan satu raut wajah yang saya tak boleh nak agak, adakah dia puas hati atau pun tidak.

“Saya harap orang dapat menilai sendiri macam mana seorang Marsha membawakan watak Melor,”katanya ketika ditemui Gempak.

Dalam pada itu, Marsha juga berkongsi dia menjalani sesi ujibakat terlebih dahulu sebelum diberikan watak Melor.

“Sama seperti yang lain, saya juga memang menjalani sesi ujibakat terlebih dahulu untuk watak ini dan pengarah sendiri yang ada ketika itu.

“Dia bertanyakan banyak perkara ketika didalam bilik ujibakat itu, dan untuk berlakon filem ini saya sendiri cuba cari apa pergerakkan yang boleh memberikan impak kepada penonton,” ujarnya.

BACA: “Suami Suruh Buang Karakter Itu Baru Jumpa Dia” - Watak Ramlah Buat Perangai Nabila Huda Jadi Lain

BACA: “Waktu Itu Jam Dua Tiga Pagi…” - Qistina Raisah, Fikry Ibrahim Tiba-Tiba Jatuh Tangga, Kebetulan Atau Ada Gangguan?

Jangan lupa saksikan Rahsia bermula hari ini, 10 Ogos di pawagam seluruh negara.

Seperti versi asal Rahsia yang membariskan pelakon terkenal negara, versi reboot turut menampilkan wajah-wajah popular.

Watak Ramlah yang dijayakan oleh Noor Kumalasari, kini dilakonkan oleh Nabila Huda. Manakala, watak Hamdan oleh Shukery Hashim digerakkan oleh Fikry Ibrahim.

Barisan pelakon lain termasuk Eman Manan, Marsha Milan, Rashidi Ishak, Qistina Raisah, Syed Ali Murtadha, Mislina Mustaffa, Aloy Paradoks serta Nabil Zakaria di samping penampilan istimewa Othman Hafsham dan Susan Lankester.

Rahsia membawa tagline Dia Takkan Pergi manakala lagu berjudul Alunan Lara adalah lagu tema rasmi Rahsia yang dinyanyikan oleh Njwa.


SINOPSIS:

Rahsia membongkar sejarah silam sebuah keluarga. Ramlah pulang bercuti ke rumah ayahnya, Tan Sri Karim bersama suami, Hamdan dan anak-anak, Marina dan Saiful.

Keadaan menjadi keruh apabila Saiful tiba-tiba lesap sewaktu mereka berkelah di tepi pantai.

Pihak polis yakin Saiful hilang di persisiran pantai, namun Ramlah berkeras bahawa anaknya disembunyikan kuasa mistik.

Sementara Hamdan menyertai pihak polis dalam operasi pencarian, Ramlah diganggu oleh kelibat wanita yang menggerunkan.

Walaupun tiada bukti kukuh, Ramlah bertekad untuk berdepan dengan puaka tersebut sekali gus merungkai rahsia di sebalik kehilangan anaknya itu.

#Astro Shaw #Marsha Milan #Rahsia #Filem Rahsia