Laman Utama
“Waktu Itu Jam Dua Tiga Pagi…” - Qistina Raisah, Fikry Ibrahim Tiba-Tiba Jatuh Tangga, Kebetulan Atau Ada Gangguan?
Pelakon, Qistina Raisah berdepan situasi cemas apabila berdepan dengan insiden kemalangan kecil ketika penggambaran filem Rahsia.
Mengimbas kembali peristiwa itu, Qistina memberitahu kejadian berlaku sewaktu dia dan Fikry Ibrahim melakonkan babak dukung di atas tangga.
“Ada satu babak yang memerlukan saya basah, waktu itu dalam jam dua tiga pagi jugalah saya kena basah satu badan.
Advertisement
“Kemudian papa Fikry kena dukung turun tangga tapi tangga itu agak extreme juga. Bila dah nak sampai bawah, tiba-tiba saya terjatuh sekali dengan papa,” kongsinya menerusi video di belakang tabir Rahsia.
Dalam pada itu, video tersebut turut dimuat naik di akaun Instagram Astro Shaw.
“Insiden penggambaran yang tidak disengajakan. Adakah ini hanya kebetulan atau wujud sesuatu yang mengganggu?” maklum kapsyen tersebut.
Video tersebut jelas merakamkan Fikry yang sedang mendukung Qistina secara tiba-tiba terjatuh dan menyebabkan kedua-dua terbaring di atas lantai.
Kejadian itu juga turut mengundang rasa terkejut pelakon utama Rahsia iaitu Nabila Huda yang terus membantu menenangkan Qistina.
BACA: Alunan Lara… Bunyi Misteri Piano, Intro Meremang, & Suara Gemersik Njwa Merintih, Ini Antara Yang Ada Dalam OST Rahsia
Apa lagi yang berlaku dalam Rahsia?
Jangan lupa saksikan Rahsia yang dijadualkan tayangannya di pawagam seluruh negara bermula 10 Ogos ini.
Seperti versi asal Rahsia yang membariskan pelakon terkenal negara, versi reboot turut menampilkan wajah-wajah popular.
Watak Ramlah yang dijayakan oleh Noor Kumalasari, kini dilakonkan oleh Nabila Huda. Manakala, watak Hamdan oleh Shukery Hashim digerakkan oleh Fikry Ibrahim.
Barisan pelakon lain termasuk Eman Manan, Marsha Milan, Rashidi Ishak, Qistina Raisah, Syed Ali Murtadha, Mislina Mustaffa, Aloy Paradoks serta Nabil Zakaria di samping penampilan istimewa Othman Hafsham dan Susan Lankester.
Rahsia membawa tagline Dia Takkan Pergi manakala lagu berjudul Alunan Lara adalah lagu tema rasmi Rahsia yang dinyanyikan oleh Njwa.
Istimewa buat peminat, anda boleh menjadi penonton terawal menyaksikan filem ini melalui ‘sneak preview’ bermula 9 Ogos dengan tayangan pertama bermula 8.00 malam.
SINOPSIS:
Rahsia membongkar sejarah silam sebuah keluarga. Ramlah pulang bercuti ke rumah ayahnya, Tan Sri Karim bersama suami, Hamdan dan anak-anak, Marina dan Saiful.
Keadaan menjadi keruh apabila Saiful tiba-tiba lesap sewaktu mereka berkelah di tepi pantai.
Pihak polis yakin Saiful hilang di persisiran pantai, namun Ramlah berkeras bahawa anaknya disembunyikan kuasa mistik.
Sementara Hamdan menyertai pihak polis dalam operasi pencarian, Ramlah diganggu oleh kelibat wanita yang menggerunkan.
Walaupun tiada bukti kukuh, Ramlah bertekad untuk berdepan dengan puaka tersebut sekali gus merungkai rahsia di sebalik kehilangan anaknya itu.
Must-Watch Video