Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Ahmad Idham menafikan dakwaan wujudnya dua kem dalam perbadanan itu.
Menurut Idham, dia akui hubungan bersama Pengurusi, Datuk Hans Isaac yang didakwa tidak sehaluan sebelum ini baik-baik sahaja, malah mereka bekerjasama secara profesional.
"Kami profesional, isu persepsi atau agenda ini bukan mudah untuk ditangani, setiap orang ada persepsi sendiri.
"Dakwaan yang mengatakan terdapat dua kem dalam Finas tidak benar sama sekali, kami menjalankan tanggungjawab seperti biasa.
"Saya dan Hans sudah berkawan sejak lebih 20 tahun lalu, persahabatan itu masih wujud sehingga kini," jelasnya.
Idham berkata demikian ketika ditemui di sidang media Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) bertempat di Finas, Hulu Kelang sebentar tadi.
Terdahulu, Finas mengeluarkan kenyataan Idham akan meninggalkan jawatannya pada 10 Mac 2020 selepas memohon agar kontraknya sebagai CEO dipendekkan.
Bercakap mengenai kedudukan 'kerusi panas' tersebut, Idham menyerahkan segalanya pada ketentuan Allah.
"Saya sentiasa percaya perancangan Allah adalah yang terbaik, selain itu, saya tak boleh pentingkan diri sendiri kerana suara industri perlu didengari.
"Saya selalu meletakkan kepentingan industri di depan, amanah yang diberikan ini bukanlah satu perkara ringan," ujarnya.
FFM31 bakal mempertandingkan 32 kategori secara keseluruhan.
Sebanyak empat kategori iaitu Dokumentari Terbaik, Filem Pendek Terbaik, Filem Cereka Animasi Terbaik dan Filem Digital terbaik diperkenalkan semula di FFM31.
Sementara itu, kategori Tatarias Terbaik pula pertama kali diwujudkan dalam FFM31.
Majlis perasmian FFM31 akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada 9 April 2020 jam 9.00 malam bersiaran langsung di RTM.
Manakala, Encore Melaka menjadi lokasi yang dipilih untuk malam kemuncak FFM31 yang akan berlangsung pada 18 April 2020 jam 9.00malam siaran langsung di Astro.
Asraf Aided
Thu Jan 16 2020


“Tiada Istilah Double Standard”- Persembahan Buat Golongan B40, Siti Nurhaliza Janjikan Yang Istimewa
Siapa golongan B40 yang bertuah tu?

“Harap Penonton Tak Perasan Lah”- Gap Setahun Penggambaran, Michael Ang Dedah Cabaran Mengarah The Maid 2
Apa bezanya ya?

“10 Jam Bukan Sekejap, Hampir 3 Jam Dok Push… ” - Air Mata Fizo Omar Gugur Lihat Isteri Tahan Sakit Bersalin
Suami jangan segan tau teman isteri bersalin, support sistem gitu.

“Mendendangkan Kerinduan Pada Isteri…”- Sweetnyer! Lama Outstation, Aqasha Nyanyikan Untuk Isteri
Sweetnyer Aqasha Nyanyikan Untuk Isteri
.jpg?ext=.jpg)
“Selepas 2 Tahun, Akhirnya Tewas Dengan …”- Faradhiya Anggap Covid-19 Ujian Dari Allah
Semoga kembali sihat Faradhiya

“Dahi Dan Pipi Koyak Sikit…” - Ronnie Hussein Kemalangan, Terima Enam Jahitan
Ya Allah, doakan Ronnie cepat sembuh.

"Mak Ayah Aku Ajar Hormat Orang Tua Tak Kira Pangkat Atau Darjat" - Idris Khan
Idris Khan bersikap tegas

Lufya Buat Laporan Polis, Nafi Dipukul Bekas Suami - "Jangan Babitkan Dia, Biar Polis Buat Kerja"
Pelakon dan penyanyi, Lufya Omar memaklumkan sudah membuat laporan polis pada pagi Rabu
.jpg?ext=.jpg)
Bekas Suami Minta Gaji, Dewi Perssik: “Dia Hanya Teman Saya Di Ranjang”
Kemelut rumah tangga Dewi Perssik dengan bekas suaminya, Angga Wijaya sepatutnya sudah berakhir dengan baik selepas lelaki tersebut menceraikan penyanyi dangdut itu.
.jpg?ext=.jpg)
Disney Didakwa Mohon Maaf, Tawar RM1.3 Bilion Untuk Johnny Depp Berlakon Balik Pirates Of The Carribean?
Johnny Depp difahamkan telah menerima permohonan maaf daripada syarikat Disney