Pelakon Datin Diana Danielle mengakui hanya berkesempatan untuk merasai empat kenangan bersama bapanya.

Pendedahan itu dibuat Diana secara eksklusif menerusi program Rumah 107 yang dihoskan oleh aktor Khir Rahman.

Menurut Diana, walaupun hanya sementara namun sebagai anak dia masih dapat merasai kasih sayang yang ditunjukkan oleh bapanya.

“Saya rasa ada empat sahaja memori dengan ayah dan saya akan pegang memori tu sampai saya mati.

“Kami dulu selalu main dekat pantai lepas tu dia selalu buat-buat baring macam dia dah tak ada jadi saya lari dekat dia panggil daddy! Daddy! Bangun, wake up.

“Selepas itu dia juga pernah ajar saya macam mana nak ikat rambut, nak ikat tali kasut dan ada memori yang dia oder pizza banyak-banyak dan hanya saya dan dia sahaja yang habiskan berkotak-kota pizza tu.

“Saya akan ingat betapa banyaknya kasih sayang dia curahkan pada saya, walaupun sementara tapi saya tahu dia sayang saya. Daripada situ saya bawa sayang dia tu sampai saya jumpa Farid,” kongsinya sebak.

Selain Diana, Rumah No 107 juga turut mengundang aktres Nabila Huda sebagai tetamu jemputan.

BACA: “Mommy You Patut Jumpa Atuk...” Menangis Nabila Huda Kenang Saat Bertemu Bapa

BACA: Sportingnya Nabila Huda, Tak Peduli Make Up, Selamba Pakai Mask

Selain Khir, Rumah 107 juga turut dihoskan oeh Joey Daud, Man Raja Lawak, Ropie dan juga Vicha dengan watak masing-masing.

Saksikan episod penuh Rumah 107 bersama Shiera dan Sherry Alhadad pada Jumaat (esok), jam 9 malam di Astro Warna HD (saluran 107), Astro Warna (saluran 127) dan Astro Go.