"Saya Hanya Bercakap Dengan Pakar Terapi" - Mawar Rashid
Amri Hassan
21/10/2023 01:24 MYT
21/10/2023 01:24 MYT
Pelakon dan usahawan Mawar Rashid memohon maaf kerana tidak memberikan maklum balas terhadap keluarga, sahabat dan rakan media.
Jelas Mawar, dia memerlukan masa untuk bersendirian dan mengelakkan diri daripada berhubung dengan sesiapa.
"Maaf saya masih tidak menjawab atau respons kepada sesiapa. Maafkan saya wahai keluargaku, kawan-kawan dan wartawan.
"Terima kasih keluarga dan kawan yang sentiasa mengambil berat tentang saya.
"Namun, buat masa sekarang saya memutuskan hubungan dengan segalanya. Saya hanya bercakap dengan pakar terapi saja buat masa ini, atau mungkin selama-lamanya," ujarnya menerusi hantaran di Instagram Stories.
Terdahulu, Mawar mengejutkan ramai pihak apabila berkongsi fotonya tidak lagi berhijab.
Namun, baru-baru ini Mawar telah memadamkan foto terbabit dari media sosialnya dan berkongsi gambar-gambarnya bertudung.
BACA: Padam Foto ‘Free Hair’, Mawar Rashid Kembali Dengan Imej Muslimah
BACA: Mawar Rashid Buka Tudung - “Saya Dah Cuba Tapi Saya Gagal”