Laman Utama

Padam Foto ‘Free Hair’, Mawar Rashid Kembali Dengan Imej Muslimah

Asyikin Mayudin
20/10/2023
04:25 MYT
Pelakon dan usahawan Mawar Rashid dilihat mengambil tindakan memadam foto dia tidak memakai hijab yang dimuat naik di laman Instagram pada 9 Oktober lalu.
Malah, Mawar dilihat kembali memuat naik foto dia memakai tudung ketika menyambut ulang tahun kelahirannya bersama suami tercinta, Raf Yaakob.
Rata-rata netizen memuji Mawar lebih kelihatan cantik dengan menggayakan imej muslimah seperti itu dan mendoakan agar aktres itu terus kuat.
“Cantik dear sayang! Please stay strong.
“Wa cantik no matter what wa keep shining and inspiring.
“Gorgeous darling, no matter what you are beautiful inside out,” komen beberapa netizen,
Terdahulu, Mawar Rashid memuat naik dua keping foto memperlihatkan dia tidak lagi berhijab dan mengakui sudah mencuba namun gagal.
Mengakui tindakannya itu tidak patut dijadikan contoh, Mawar menerusi hantaran di Instastory turut memberitahu dia masih berusaha untuk memperbaiki hubungan dengan Allah.
Mawar turut memohon maaf kepada semua pihak yang kecewa dengan keputusannya dan meminta semua orang mendoakan agar dia terus istiqamah dalam memperbaiki diri.
BACA SINI: Mawar Rashid Mohon Maaf, Dah Cuba Istiqamah Bertudung Tapi Gagal - “Ini Bukan Tindakan Baik, Tak...
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ini Sebab Kenapa Mawar Rashid Hampir Hilangkan Diri Selepas Cerai

gempak
26/07/2024
08:55 MYT
Pelakon Mawar Rashid pernah hampir terfikir untuk menghilangkan diri daripada industri seni tanah air ketika melalui fasa sukar dalam hidupnya sebelum ini.
Hiburan

Tak Mahu Ulas Tentang Isu Rumah Tangga, Mawar Rashid Mahu Fokus Besarkan Anak

gempak
21/07/2024
23:58 MYT
Pelakon Mawar Rashid, 29, tidak mahu membahaskan mengenai bekas suami, Raf Yaakob, 39, selepas berpisah pada November tahun lalu kerana bimbang timbul salah faham antara mereka berdua.
Terkini

Fazley Yaakob Jawab Dakwaan Raf Dah Ada Pengganti Baru - "Saya Rasa Betul Lah.."

gempak
27/03/2024
07:00 MYT
Penyanyi dan cef selebriti Dato Fazley Yaakob menjawab dakwaan mengenai adiknya, Raf Yaakob yang dikatakan sudah mempunyai pengganti baharu selepas baru sahaja setahun bercerai dengan bekas isterinya, pelakon Mawar Rashid.
Hiburan

Mawar Rashid Jawab Dakwaan Kahwini Jejaka Dari Brunei!

gempak
10/03/2024
02:05 MYT
Mawar berkongsi gambar memakai inai, di Instagram pada Sabtu.
Hiburan

“Sepanjang Perkahwinan Saya Tak Ada Orang Lain,” - Raf Yaakob Mengaku Video Jumpa Pengganti Hanya Gimik

gempak
02/03/2024
02:51 MYT
Raf kata dia seorang yang setia.