Berita
"Saya Hanya Berkongsi Cerita Tentang Sihir Pemisah Itu Wujud & Sihir Itu ....." - Nonny Nadirah Nafi Masalah Itu Jadi Punca Bercerai
Penyanyi dan pelakon kelahiran rancangan realiti Akademi Fantasia, Nonny Nadirah menjelaskan hanya sekadar berkongsi tentang sihir pemisah dan perkata itu bukan menjadi punca dirinya bercerai dengan suami, Mustain Adnan.
Menerusi entri di Instagram (IG), Nonny berharap agar orang ramai tidak salah faham terhadap perkongsian yang dilakukan olehnya pada sebuah rancangan televisyen baru-baru ini.
"Saya hanya berkongsi cerita tentang sihir pemisah itu wujud dan sihir itu juga adalah sihir yang paling berbahaya kepada media selepas saya menghadiri jemputan ke program Sila Duduk Jangan Lari bersama Datuk Seri Ustaz Suhaimi Rozali.
"Akan tetapi saya tidak ada mengiyakan hubungan saya dengan bekas suami berpunca dari masalah tersebut.
"Sekalipun benar biarlah Allah s.w.t buat kerja dia, jangan kita buat kerja Allah. Jaga diri, jaga akhlak, muhasabah diri untuk menjadi yang terbaik.
"Stop manipulate things.Enuff of sihir and Im tired of this. Bagilah saya rehat sekejap dari masalah dunia ni," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata berharap Nonny tidak memperdulikan terhadap apa yang dikatakan oleh orang ramai dan sentiasa berfikiran positif terhadap apa yang berlaku.
Nonny dan Mustain mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2018 selepas perkenalan selama sembilan tahun dan berpisah kurang daripada tempoh setahun berkahwin.
Must-Watch Video