Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Saya Hanya Cuba Untuk Membuatkan Diri Saya Berdiri Semula…” - Senyuman Aliff Aziz Tak Sindir Sesiapa

Gempak
19/04/2024 07:47 MYT
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz membuka mulut mengenai isu lagu yang dikongsikan menerusi Instagram Story baru-baru ini.

Tidak menyindir

Menerusi Instagram Story terbaharu, Aliff berkata, dia tidak menyindir sesiapa dalam isu berkenaan, selain memberitahu ia sengaja diputar belitkan.

“Assalamualaikum. Senyum tanpa niat untuk menyindir sesiapa dalam isu yang sangat penting juga diputar agar menampakkan seperti saya sengaja mempermainkan isu yang sedang memberi impak besar dalam hidup saya dan keluarga.

“Saya maafkan semua yang mengambil kesempatan untuk keruhkan lagi keadaan. Saya hanya cuba untuk membuatkan diri saya berdiri semula dengan senyuman yang lama hilang.

“Saya juga minta maaf sekira dengan senyuman ini membuat ramai gembira dengan memutar belitkan perkara yang tidak ada asasnya. Semoga Allah ampunkan kita semua insvaallahuta'ala,” tulis Aliff.

Terdahulu, video Aliff dan Bella menarik perhatian umum apabila kedua-duanya didakwa memuat naik lagu yang menggambarkan situasi mereka sekarang.

ARTIKEL BERKAITAN: Hantaran Aliff Aziz 'Since You Been Gone' dan Bella Astillah POV Cari Pengganti Curi Perhatian Ramai!

ARTIKEL BERKAITAN: "Kalau Suami Hilang, Cari Rumah Kawan" - Bella Astillah

#cerai #Aliff Aziz #Bella Astillah #Ruhainies #Sindir #Senyum
;