Laman Utama

“Saya Hanya Mahu Minta Maaf”- Selepas 3 Minggu Beransur Pulih, Ben Amir Jalani Pembedahan

gempak
Syafiqah Jalal
23/06/2022
04:43 MYT
Sponsor Banner
“Saya Hanya Mahu Minta Maaf”- Selepas 3 Minggu Beransur Pulih, Ben Amir Jalani Pembedahan
Pelakon Ben Amir memaklumkan dia menjalani pembedahan selepas tiga minggu sakitnya beransur pulih.
Tidak menyatakan apa penyakit yang dihidapi Beb hanya mahu meminta maaf atas segala salah silapnya.
“Sudah tiga minggu beransur sembuh. Esok (kelmarin) adalah harinya saya akan menjalani pembedahan.
“Saya akui agak gementar bila memikirkan pembedahan ini. Saya cuma nak minta maaf dengan semua orang dan ampunkan jika saya pernah melukai sesiapa. Doakan yang terbaik untuk saya,” beritahunya.
Pelakon drama Chandelier itu berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan dia mekuat naik foto sedang duduk di atas katil wad di sebuah hospital.
Hantaran itu telah menimbulkan tanda tanya pengikut media sosial tentang keadaan sebenar Ben.
Tambah Ben lagi dia akan berehat panjang selepas ini.
“Saya bercadang nak tidur banyak dan biarkan tubuh ini berehat untuk lekas sembuh. Maaf kalau tak balas pesanan anda, sampai jumpa lagi,” maklumnya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live