gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
SUKAN
"Dulu Peluang Seperti Ini Tiada" - Tiga Beradik Cilik Sedia Gegar RCB Minimoto Championship 2025
HIBURAN
Ada Yang Persoal Make Up Tebal Susah Nak Solat, Azza Elite Respon - “Saya Akan Cuci Ketika Nak Solat"
HIBURAN
“Saya Dah Penat Hidup Dengan Suami NPD...” – Siti Jamumall
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

"Saya Hidangkan Video Ini Untuk Elak Fitnah" – Beayqaa Sahkan Sudah Bernikah

gempak
Umirah Halim
24/05/2025
01:55 MYT
Sponsor Banner
"Saya Hidangkan Video Ini Untuk Elak Fitnah" – Beayqaa Sahkan Sudah Bernikah
Penyanyi dan pempengaruh media sosial, Beayqaa, mengesahkan bahawa dirinya sudah bergelar isteri melalui sebuah hantaran video yang dimuat naik di TikTok.
Menerusi video tersebut, Beayqaa atau nama sebenar Atiqa Affendi, dilihat anggun mengenakan busana pengantin putih lengkap dengan veil di atas pelamin bersama pasangan yang turut berpakaian serba putih.
Menurutnya, meskipun memilih untuk menyimpan kisah bahagianya secara peribadi, video pernikahan itu dikongsikan kepada umum bagi mengelakkan sebarang salah faham atau fitnah dalam kalangan peminat dan masyarakat.
@beacomel Bismillah .. Benar , atas izin, redha , dan restu keluarga , saya telah bernikah . Namun saya memilih untuk tidak war war kan nya . Saya memilih untuk simpan semua kenangan ni sendiri . Untuk elakkan sebarang fitnah saya hidangkan video ini . Kepada cinta hati saya , terima kasih kerana terima saya seadanya . Saya nak susah senang dengan awak , itu janji saya pada mak saya dan mak awak . Kepada umi ku dan keluarga , terima kasih kerana aturkan semua disaat saya tidak tahu dimana arah untuk dituju . Kepada semua yg memberi kata kata yg baik , terima kasih moga kata kata kalian berbalik pada diri kalian semua ♥️🤍 Semoga perkahwinan ini diredhai Allah #fyp #married ♬ Untuk Mencintaimu by Seventeen - MUSIC ROOM
“Bismillah... Benar, atas izin, reda dan restu keluarga, saya telah bernikah. Namun saya memilih untuk tidak war-warkan. Saya memilih untuk simpan semua kenangan ini sendiri. Untuk elakkan sebarang fitnah, saya hidangkan video ini,” tulisnya di kapsyen.
Tambah kakak kepada penyanyi Sheikh Baseer itu, keputusan untuk berkahwin dibuat atas dasar restu keluarga dan demi masa depan bersama insan tersayang.
“Kepada cinta hati saya, terima kasih kerana terima saya seadanya. Saya nak susah senang dengan awak, itu janji saya pada mak saya dan mak awak.
“Kepada umi ku dan keluarga, terima kasih kerana aturkan semua di saat saya tidak tahu di mana arah untuk dituju,” tambahnya.
“Kepada semua yang memberi kata-kata yang baik, terima kasih. Moga kata-kata kalian berbalik kepada diri kalian semua. Semoga perkahwinan ini diredai Allah,” tulisnya lagi.
Sebelum ini, Beayqaa sering memuatnaik video memaparkan aksi mesra dirinya bersama seorang jejaka.
Susulan itu, bagi mengelakkan sebarang spekulasi atau fitnah dia tampil mengesahkan berita pernikahannya itu.
Topic Berkaitan
#Kahwin
#Sah
#beayqaa
Must-Watch Video