Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

"Saya Ingin Bergelar Penghibur, Bukan Hanya Sebagai Pelakon" - Siti Elizad

Rozaimi Zubaidi
29/08/2018 03:54 MYT
Pelakon Siti Elizad mengakui penglibatannya dalam program Super Spontan Xtravaganza (SSX), adalah untuk mencabar diri melakukan komedi di hadapan orang ramai.

Menurut Elizad, dia tidak mahu hanya dikenali sebagai pelakon sebaliknya ingin bergelar seorang penghibur.

"Mungkin sebelum ini orang hanya kenali saya sebagai seorang pelakon yang sering membawakan watak yang berat sahaja.

"Sebenarnya tujuan saya menyertai SSX ini adalah untuk mencabar diri melakukan sesuatu yang tidak pernah saya buat sebelum ini.

"Saya nak jadi seorang penghibur yang boleh melawak, menangis, menyanyi dan pengacaraan," katanya kepada Gempak.

Minggu keenam SSX menyaksikan Elizad diumumkan sebagai peserta daripada kumpulan Sotong Kangkung yang disingkirkan.

SSX bersiaran secara langsung dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Serdang pada setiap Jumaat, jam 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

Bertemakan ‘tukang masak’, SSX membentuk dua kumpulan iaitu Sotong Kangkung yang membawa imej ‘tukang masak jalanan’ dan kumpulan Lobster Leleh mencerminkan imej ‘tukang masak di hotel’.

Buat julung kalinya juga program ini bakal menyaksikan pertukaran sistem pemarkahan iaitu 50 peratus daripada barisan juri dan 50 peratus lagi dari undian penonton.

Setiap kumpulan akan dikritik dan diniali oleh dua jri tetap iaitu Datuk Afdlin Shauki dan Adibah Noor serta bersama lagi seorang juri jemputan.

SSX turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan ‘on demand’.
#pelakon #Siti Elizad #Pelakon
;