“Saya Juga Nangis Lihat Kalian” – Raline Shah Puji Lakonan Shaheizy Sam Dan Zizan Razak

Mya Amri
November 17, 2018 08:29 MYT
Pelakon Polis Evo 2 (PE2), Raline Shah memuji kredibiliti dan keberkesanan lakonan Shaheizy Sam dan Zizan Razak dalam filem tersebut.
“Bagaimana tadi persembahannya? Kamu berdua memang hebat. Saya juga nangis lihat kalian,” ujarnya.
Raline berkata demikian menerusi satu video pendek yang dimuat naik di akaun Instagramnya pada Jumaat.
BACA: Sebelum Menonton, Ini 13 Karakter Berprofil Tinggi Yang Perlu Anda Tahu Dalam Polis Evo 2
Dalam pada itu, menerusi satu posting lain, Raline menyatakan rasa bertuah kerana dapat bekerjasama dengan dua pelakon hebat dari Malaysia.
“Wanita paling bertuah, filem aksi pertama saya adalah bersama dengan dua pelakon yang saya sangat hormati dan mereka banyak membantu serta mengajar saya.
“Kesungguhan dan dedikasi mereka terhadap kerja dan serta persediaan mereka untuk filem ini tidak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata. Major Love. Saksikan sajalah! #PE2 #PolisEvo2,” tulisnya.
BACA: “Sayang Awak Tak Kecewakan Kami” – Syatilla Melvin Tergamam Lihat Lakonan Shaheizy Sam Dalam Polis Evo 2
Masih mengekalkan pelakon asal seperti Shaheizy Sam dan Zizan Razak, wajah-wajah baru dalam PE2 ini juga tidak kurang hebatnya.
Antaranya, Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira, Hairul Azreen, Soffi Jikan, dan Syafie Naswip.
Polis Evo 2 terbitan Astro Shaw, Surya Citra Media (SCM) dan produksi oleh BlackFlag ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 22 November ini.
Foto: Instagram @ralineshah
#pelakon #Pelakon #Polis Evo 2 #Raline Shah