Hiburan

"Saya Kagum Dengan Mereka Kerana..." – Dayana Roza Tidak Kisah Didekati Mat Rempit

gempak
Hanafis Haris
02/05/2019
13:06 MYT
Sponsor Banner
"Saya Kagum Dengan Mereka Kerana..." – Dayana Roza Tidak Kisah Didekati Mat Rempit
Sebut saja tentang 'mat rempit', pastinya ada stigma negatif berlegar-legar di fikiran bukan?
Namun bagi pelakon Dayana Roza, dia menganggap 'mat rempit' ini sebagai golongan yang berhati mulia.
Menurut Dayana, tidak dinafikan terdapat segelintir 'mat rempit' yang menconteng arang dengan melakukan jenayah, namun tidak semua mempunyai niat sebegitu.
"Saya ada je kawan mat rempit, siap kena buli lagi di sekolah. Tapi apa yang saya boleh katakan tidak semuanya jahat.
"Pandangan saya mula terbuka sejak berlakon filem Minah Motor, ramai je baik-baik," katanya.
Menurutnya, perkara paling dikagumi tentang golongan ini adalah semangat setiakawan mereka.
"Saya respect mereka sebab persahabatan mereka sangat kuat. Orang pelik mat rempit turun ramai-ramai tapi mereka tak tahu mengapa? Semua sebab setia kawan, mereka memang jenis macam tu.
"Jadi saya memang ok je berkawan dengan mat rempit," katanya yang bakal menjalani penggambaran filem terbaru Marabahaya Underground bermula Ramadan ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024