"Saya Kedekut, Pakai Produk Muka Pun Bawah RM50 Saja" - Anzalna

Amri Hassan
November 2, 2017 04:49 MYT
Pelakon cantik, Anzalna Nasir mengakui dia tidak terlalu menitik beratkan soal penjagaan kecantikan terutama rawatan wajah sehingga berdepan dengan masalah jerawat yang teruk April lalu.
Kata Anzalna, 29, dia hanya menggunakan produk kecantikan kulit wajah bernilai kurang daripada RM50 dan hanya mengamalkan diet pemakanan semata-mata.
"Malangnya, selepas pulang daripada bercuti di London pada bulan April lalu kulit muka saya dipenuhi dengan jerawat dan masalah itu semakin teruk ketika penggambaran drama bersiri Dendam Aurora.
"Saya terpaksa mendapatkan rawatan spa wajah dan berjumpa doktor pakar kulit untuk penyelesaian kerana masalah kulit muka saya ketara kalau dilihat dalam rakaman kamera.
"Saya akui memang saya seorang yang kedekut dan kurang mengambil berat soal penjagaan kulit wajah. Produk yang saya beli pun kurang RM50 dan biasanya sekadar pencuci muka sahaja.
"Kadang-kadang saya tidur pun tanpa mencuci muka sampailah pori-pori kulit saya tersumbat kerana lapisan alat solek yang saya pakai seharian," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk Bye Bye Zits di Empire Medispa, M City, Kuala Lumpur semalam.
Produk penjagaan wajah Bye Bye Zits juga sebenarnya usahasama Anzalna dengan produser drama tersohor, Adila Ramly.
Anzalna sendiri menjadi testimoni untuk produk yang dikilang dan dikeluarkan di Malaysia itu.
"Alhamdulillah, selepas beberapa bulan menggunakan produk ini, saya sudah tidak perlukan produk lain dan kulit muka saya kembali seperti sediakala," tambahnya.
Bye Bye Zits merupakan produk organik yang menggunakan spray untuk mencegah pembiakan bakteria dan mempercepatkan proses penyembuhan kulit.
Produk itu dijual dengan harga RM69.90 untuk 50 mililiter dan boleh didapati di Empire Medispa, Ampang serta stokis seluruh Malaysia.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @anzalnanasir88
#pelakon #Anzalna Nasir #Pelakon #Bye Bye Zits