Drama bersiri Cina Buta yang kini sedang ditayangkan di slot MegaDrama saluran Astro Ria mendapat pelbagai respons daripada penonton.

Rata-rata penonton berkata mereka mampu mengaitkan jalan cerita Cina Buta yang mengisahkan perceraian dan masalah rumah tangga dengan kisah hidup mereka bersama pasangan.

BACA: [VIDEO] “Sama Pattern Aku Gaduh Dengan Suami…” - Netizen Relate Babak Cina Buta Dengan Kehidupan Sebenar

Terbaharu menerusi muat naik pengarah drama berkenaan di Instagram, Shahrulezad berkongsi satu tangkap layar daripada seorang pengikut yang juga berdepan masalah sama.

Kata individu itu, dia telah diceraikan oleh suami dengan talak tiga hanya kerana mencuci pinggan. Malah dirinya tidak mengetahui punca sebenar suaminya bertindak demikian.

“Saya kena macam ini la, tiba-tiba saya kena cerai talak tiga. Pasal cuci pinggan je. Saya lari Australia. Mak pula tengah sakit tenat sangat dah tapi aku kena talak tiga masa cuci pinggan.

“Tapi aku bersyukur kena cerai sebab mak aku tengah sakit sangat, jadi aku dapat berbakti dekat mak sampai akhir hayat.

“Tapi cerita ini betul-betul dan kena dekat muka aku sendiri. Sekarang aku jalani la hidup jauh daripada family, tiada suami. Begitulah kehidupan, sorang-sorang je dekat perantauan,” kata individu tersebut.

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat)

Dalam pada itu, Shahrulezad atau mesra di sapa Budak Ijat turut mendedahkan ada kejadian lain yang berlaku di mana seorang isteri diceraikan gara-gara berebut bilik air dengan suami.

“Tu baru kena talak masa cuci pinggan. Ada yang kena talak masa tengah berak. Berebut toilet sakit perut lepas makan buah duku satu raga. Ha jangan ingat tak pernah berlaku,” kongsinya.

Cina Buta dibintangi pelakon Nad Zainal, Ungku Ismail, Aliff Aziz, Puteri Aishah, Didie Alias, Azhan Rani dan ramai lagi.

Saksikan Cina Buta menerusi saluran Astro Ria (104) setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.