,
Laman Utama

[VIDEO] “Sama Pattern Aku Gaduh Dengan Suami…” - Netizen Relate Babak Cina Buta Dengan Kehidupan Sebenar

Shahrin Zulkifle
21/12/2022
12:00 MYT

Salah satu babak dalam drama Cina Buta yang memperlihatkan pergaduhan antara pelakon Nad Zainal yang memegang watak sebagai Mia Sara dengan suaminya, Sharnaz yang dilakonkan oleh Ungku Ismail menarik perhatian netizen.

Menerusi muat naik di TikTok @astrogempak, pergaduhan antara suami isteri itu tercetus selepas Mia Sara memuat naik satu ciapan di Twitter berkenaan Sharnaz.

Terkesan dengan ciapan berkenaan, Sharnaz bertindak menelefon Mia Sara sehinga ‘mem

@astrogempak “Bila perempuan dah move on be like” #cinabuta #sembangentertainment ♬ original sound - Gempak

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya yang sudah mendirikan rumah tangga berkata mereka menghadapi situasi sama seperti babak berkenaan. Malah mereka menganggap itu merupakan perkara biasa jika mempunyai pasangan.

“Sama macam saya masa muda-muda dengan suami, sekarang lepas 24 tahun kalau gaduh dah tak guna haha,” kata seorang wargamaya.

“Hahah sama je pattern kalau aku gaduh dengan suami aku, tapi kalau dah baik mula la masing-masing mengada,” ujar seorang netizen.

“Realiti suami isteri gaduh macam ni la, puas bila dia carut macam tu,” komen seorang warganet.

Selain Nad Zainal dan Ungku Ismail, drama arahan Shahrulezad yang juga bertindak selaku penerbit dan penulis skrip itu turut dibintangi oleh Aliff Aziz, Azhan Rani, Didie Alias dan ramai lagi.

Cina Buta disiarkan setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 19 Disember 2022, jam 10.00 malam secara eksklusif di slot MegaDrama melalui saluran Astro Ria (104).

Sinopsis:

Mengisahkan tentang pasangan suami isteri, Sharnaz dan Mia Sara yang mempunyai ego tinggi, sering bergaduh sehingga mereka bercerai buat kali ketiga. Sharnaz yang masih sayangkan bekas isterinya itu ingin kembali bersamanya menerusi perkahwinan cina buta namun dibantah oleh Mia Sara sendiri kerana bertentangan dengan agama Mia Sara kemudian bertemu dengan Aliff dan berkahwin dengannya untuk melupakan tentang

Sharnaz. Tapa disedari, kehadiran Aliff adalah sebahagian daripada helah Sharnaz untuk mendapatkannya semula. Namun dalam keinginan Aliff untuk menolong Sharnaz kembali bersama bekas isterinya, dia terjatuh cinta dengan Mia Sara.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ibu Aliff Aziz Respons Dakwaan Anak Bakal Berkahwin Dengan Ruhainies - "Subhanallah"

gempak
27/10/2024
00:55 MYT
Ibu kepada pelakon kacak kelahiran Singapura Aliff Aziz, Siti Hafiza Basharahil terkejut dengan penularan berita mendakwa anak lelakinya itu bakal mengahwini pelakon genit Ruhainies.
Hiburan

Pakai Topi Tertera Huruf ‘R’, Posting Aliff Aziz Curi Tumpuan Netizen

gempak
19/10/2024
03:58 MYT
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz meraih tumpuan apabila tampil memuat naik gambar memakai topi yang tertera huruf ‘R’
Hiburan

Wah! Ruhainies Dapat Sejambak Bunga Lepas Balik Mahkamah

gempak
17/10/2024
23:40 MYT
Pulang daripada mahkamah selepas sebutan kes khalwat, pelakon sensasi Ruhainies berkongsi sepotong video menerima sejambak bunga.
Hiburan

Peguam Perjelas Sebab Aliff Aziz & Ruhainies Diam Membisu - “Kami Nasihatkan Mereka Untuk…”

gempak
17/10/2024
05:25 MYT
Peguam yang mewakili aktor kontroversi Aliff Aziz dan Ruhainies iaitu Muhammad Amirul Ashraf A. Ghani memaklumkan kedua anak guamnya tidak memberikan sebarang komen kerana mahu menghormati prosiding mahkamah.
Hiburan

Bella Astillah Tak Ambil Kisah Kes Khalwat Aliff Aziz & Ruhainies - “Dia Tiada Kaitan Dengan Saya…”

gempak
17/10/2024
01:55 MYT
Pelakon Bella Astillah memaklumkan dia tidak mengetahui tentang kes perbicaraan mahkamah melibatkan kes khalwat bekas suami, Aliff Aziz bersama aktres, Ruhainies yang berlangsung pada pagi Khamis.
Unitar