"Saya Kongsi Video Suami Solat Ada Yang DM Kata Riak..." - Ini Jawapan Abby Abadi
Badrul Hashim
26/09/2020
03:13 MYT
Pelakon dan usahawan Abby Abadi menjawap kata-kata yang dilemparkan kepadanya oleh segelintir netizen yang mendakwa dirinya riyak apabila berkongsi satu video suaminya sedang solat di tempat jualan.
"Semalam saya kongsikan video suami solat ni kt story. Ada yang dm kata ini riak, menunjuk. Saya balas semula, saya kata kalau suami pos sendiri, mungkin menunjuk tapi kan saya yg pos, ALLAH lebih tahu niat seseorang tu.
"Ini IG saya. Ye saya tak sempurna. Takkan mungkin sempurna, tapi saya cakap, saya kongsi tazkirah, renungan qalbu. Ingatkan pasal solat dalam IG ni agar IG saya bermanfaat utk org lain. Jadi bila tiba2 saya padam, ada juga kenangan indah yg saya tinggalkan disini," jelas Abby Abadi.
Advertisement
Menurut Abby, sangat rugi jika laman sosial hanya digunakan untuk bersembang kosong, menunjuk itu dan ini tan langsung berdakwah untuk mengingatkan kepada Pencipta.
"Bila ingatkan benda baik2, pergi mana2, apa keadaan pun mesti jaga solat, serba tak kena.. bila ajak liburan, ajak gi konsert, pergi layan benda2 mengarut.. berpuluh2 kali post pun takpe, siap repost lagi..bila pasal solat, sentap tak tentu hala... itulah kesilapan besar kita sebenarnya. Walhal hidup ni memang untuk sebarkan agama DIA.
"Muhasabahlah..mmg tanggungjawab kita saling mengingatkan & berpesan2. Berpesan2.dgn kebenaran. Berpesan2 dgn kesabaran. Bukan sebab kita konon baik dari org lain, tp sebab nak sama2 ke syurga & bernilai disisiNYA," tulis Abby lagi.
Tambah Abby lagi, sangat rugi jika hidup tidak solat dan menangguh-nangguhkannya kerana kita tidak akan tahu bila kita akan pergi meninggalkan dunia yang sementara ini.
Sering Jadi Target Netizen, Marissa Dania Komen - “Tak Ada Niat Pun Nak Tarik Perhatian…”
gempak
30/09/2024
04:56 MYT
Anak kepada pelakon Abby Abadi, Marrisa Dania Hakim, 19, akui tidak boleh menghalang netizen untuk terus memberikan komen terhadap setiap posting yang dilakukannya di media sosial.
Hiburan
“Mereka Sangat Cantik Berdua, Rasa Seperti Tak Patut Cerai” - Abby Abadi Bukan Penyibuk Hal Fazura Fattah, Hanya Sekadar Luahan Perasaan
gempak
30/09/2024
03:55 MYT
Pelakon, Abby Abadi menafikan dakwaan sengaja menarik perhatian atau ‘menunggang’ isu rumah tangga pasangan selebriti, Fazura dan Fattah Amin.
Advertisement
Hiburan
“Saya Tak Ketepikan Mama…” - Marissa Dania Jawab Isu Hubungan Dengan Abby Abadi
gempak
28/09/2024
07:55 MYT
Anak kepada pelakon Abby Abadi, Marrisa Dania Hakim, 19, menegaskan dia tidak pernah mengenepikan ibunya susulan dakwaan merahsiakan berita kematian bayi sulungnya pada Ogos lalu.
Advertisement
Hiburan
Kemelut Rumah Tangga Fattah-Fazura Buat Hati Abby Abadi Sebak, Harap Terus Pertahankan - "Kalau Rasa Kita Paling Tersakiti, Ada Yang..."
gempak
26/09/2024
05:55 MYT
Pelakon, Abby Abadi mengakui dirinya berasa sebak melihat keretakan hubungan pasangan selebriti Fattah Amin dan juga isteri, Fazura.
Viral
Kongsi Kata Sindiran, Marissa Dania Tak Nak Sekat 'Haters' - "Biarkan Satu Atau Dua, Jadi Mereka Boleh..."
gempak
26/09/2024
04:31 MYT
Perkongsian di Instagram Story milik anak perempuan kepada Abby Abadi, Marissa Dania meraih perhatian apabila dia memuat naik kata-kata sindiran kepada pihak yang membencinya atau ‘haters’.