“Saya Kurang Selesa” - Mona Allen Elak Berlakon Dengan Suami? Dah Kenapa Pula Tu?

Asraf Aided
September 17, 2020 00:00 MYT
Pelakon jelita, Mona Allen akui kurang selesa bergandingan bersama suaminya, aktor Pekin Ibrahim dalam sesebuah lakonan.
Menurut Mona, dia berasa sedikit janggal kerana perlu menjadi 'orang lain' ketika di set penggambaran.
"Sebenarnya saya kurang selesa berlakon bersama Pekin, bukan apa, sebab kami sebagai suami isteri di rumah lain, dan di set pula kami perlu jadi lain mengikut kehendak watak.
"Tetapi memandangkan tawaran yang datang sering memerlukan kemunculan kami berdua, kami terima sahajalah," katanya kepada Gempak baru-baru ini.
Tambah Mona, dia mahu cuba mengelak untuk berlakon bersama suaminya itu dalam drama atau filem yang sama selepas ini.
"Kalau boleh, saya mahu cuba elak berlakon dengan Pekin selepas ini meskipun saya tahu ramai yang mahu tengok gandingan kami berdua.
"Kiranya, bukan kami yang sengaja memilih untuk sentiasa berlakon bersama, cuma tawaran yang datang kepada kami setakat ini memerlukan kami berbuat demikian," katanya lagi.
Mona bakal tampil dalam drama bersiri Tanya Sama Pokok yang akan menemui anda bermula 21 September 2020, setiap Isnin, jam 9.00 malam di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).
Selain Mona, drama bersiri arahan Sabri Yunus ini juga menampilkan barisan pelakon terkenal lain seperti Datuk Fizz Fairuz, Sabri Yunus sendiri, Angeline Tan, Sara Ali, Camelia Natasya dan ramai lagi.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
#pelakon #Pekin Ibrahim #Pelakon #Mona Allen