Hiburan

"Saya Lebih Suka Jadi Diri Sendiri" - Cinta Laura Kiehl Tampil Dengan Single Terbaru

gempak
Asraf Aided
12/11/2019
10:35 MYT
Sponsor Banner
"Saya Lebih Suka Jadi Diri Sendiri" - Cinta Laura Kiehl Tampil Dengan Single Terbaru
Penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Cinta Laura Kiehl tampil dengan single Bahasa Inggeris terbaru yang berjudul Vida.
Menurut Cinta, lagu tersebut mampu memberi semangat kepada para pendengar kerana liriknya berkisar tentang keyakinan serta kekuatan diri.
"Single terbaru ini menampilkan mesej penting dari aspek keyakinan dan kekuatan diri seseorang.
"Jadi, saya amat berharap agar lagu ini mampu memberi semangat kepada para pendengar.
"Ia ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris kerana saya telah membuat keputusan untuk menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dalam kerjaya saya," ujarnya.
Cinta berkata demikian ketika ditemui di sesi temubual bersama media bertempat di W Kuala Lumpur, petang semalam.
Tambah Cinta, selain minat yang mendalam, kemunculan dalam industri hiburan kali ini juga adalah untuk menonjolkan dirinya yang sebenar.
"Kali ini saya tampil berbeza, saya lebih suka jadi diri sendiri.
"Apa yang saya buat sekarang adalah berdasarkan keputusan saya sendiri dan tidak terikut-ikut dengan pengaruh orang lain seperti di zaman awal kemunculan saya dahulu," tuturnya lagi.
Single Vida telah diedarkan secara rasmi oleh Sony Music Entertainment Indonesia.
Ia telah ditayangkan di laman YouTube dan telah mencecah tontonan sebanyak 2.2 juta dalam tempoh empat bulan tayangan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live