"Saya Maafkan Dia, Apa Yang Berlaku Biar Sampai Situ Saja" - Aliff Syukri Titip Ucapan Untuk Wani Comel
Amri Hassan
19/08/2021 10:23 MYT
19/08/2021 10:23 MYT
Jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri sudah memaafkan Allahyarham Wani Comel yang sudah pulang ke Rahmatullah kerana jangkitan COVID-19 malam tadi.
Kata Aliff, beliau enggan insiden salah faham antara mereka diungkit dan diperbesarkan lagi.
"Saya maafkan segala yang berlaku. Mungkin ada hikmah di sebalik insiden tersebut. Semoga Allahyarham di tempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.
"Saya juga mohon, apa yang berlaku antara kami biarlah sampai di situ sahaja. Tidak ada yang mengungkit dan memperbesar isu itu lagi," katanya kepada Utusan Malaysia.
Sementara isteri Aliff, Datin Seri Nur Shahida menerusi Instagram Stories turut mengutuskan salam takzian atas kehilangan Wani dan berpesan kepada orang ramai tentang kematian.
"Baru ada followers DM bagitahu Wani Comel telah pergi menemui penciptanya akibat COVID-19. Semoga rohnya dicucuri rahmat, ditempatkan dalam kalangan mereka yang beramal soleh.
"Kepada semua yang membaca post ini, jagalah diri. COVID-19 tidak mengira mangsa. Mati itu sungguh dekat dengan kita," titipnya.
Allahyarhamah Wani Comel atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira Ibrahim, 24, telah menghembuskan nafas terakhirnya di kediamannya pada pukul 9 malam tadi selepas hampir seminggu dijangkiti COVID-19.
BACA: Wani Comel Meninggal Dunia Akibat COVID-19
Sekitar tahun lalu, kisah antara Allahyarhamah Wani Comel dan Aliff Syukri menjadi bualan ramai apabila usahawan itu dikatakan memperguna dan memanipulasi gadis terbabit.