Laman Utama
"Saya Mahu Selesaikan Kerja Sebelum Bersalin" - Fazura
Aktres jelita, Nur Fazura akui masih aktif bekerja meskipun sarat hamil.
Menurut Fazura, dia mahu menyelesaikan semua kerja sebelum tiba tarikh bersalin yang dijangka pada Oktober ini.
"Alhamdulillah, semuanya Allah permudahkan untuk saya, saya masih aktif bekerja walaupun ketika sarat hamil.
"Saya mahu selesaikan semua kerja sebelum tibanya waktu bersalin, nanti lepas bersalin saya kena lalui proses berpantang pula, jadi eloklah saya selesaikan dahulu.
"Saya seronok melalui kehamilan dan selesa bekerja, kadang-kadang rasa macam nak kerja dan tangguh dulu waktu bersalin," selorohnya.
Fazura berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran Fazura Skincare di Lightbox Sungai Buloh baru-baru ini.
Tambah isteri kepada aktor Fattah Amin ini, keluar bekerja mampu mengelak rasa stress dan membuatkannya gembira.
"Kalau banyak berehat pun boleh jadi penat dan stress, jadi, saya gembira bila bekerja.
"Walaubagaimanapun, saya ada had tertentu, kalau dah rasa penat sangat, sudah tentu saya akan pulang ke rumah dan berehat," katanya lagi.
Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.