Personaliti media sosial Khairulaming membuktikan video dan resipi masakannya bukanlah sekadar ‘asal boleh’.

Ini kerana cara masakannya itu telah pun menerima pujian daripada seorang chef terkemuka Singapura, Ghazalee Ibrahim.

Perkara itu dikongsi Ghazalee menerusi satu posting di Twitternya.

Menerusi posting berkenaan Ghazalee telah memuji dengan resipi yang ditunjukkan Khairulaming kerana hadir dengan cara sebenar memasak spaghetti carbonara yanh betul.

Menurutnya, Khairulaming tidak menggunakan susu krim dan juga keju biasa seperti kebanyakan orang.

“Ternampak video ini di Facebook. Akhirnya ada juga tutorial masak Carbonara yang tidak gunakan keju atau krim.

“Saya makin respect mr What's-Up-Guys. Tapi satu je kalau saya boleh tambah kalau masak daging bacon tu boleh letak mentega,” tulisnya.

Posting berkenaan kemudian menarik perhatian ramai, malah rata-rata mereka terkejut apabila Khairulaming menggunakan cara yang betul hingga dipuji cef profesional.

“Selalu tengok cef pro masak memang begitulah caranya, impress aku”

“Terbaik lah Khairulaming, sampai cef puji tu.”

“Dia buktikan dia bukan hanya nak view semata-mata,” tulis beberapa netizen.

Anda boleh lihat posting serta video masakan Khairulaming di bawah.