HIBURAN
"Saya Masak Bukan Untuk Awak" - Zara Zya Balas Teguran Netizen Masuk Daun Kari Dalam Asam Pedas
Pelakon Zara Zya tampil memberikan respon terhadap satu komen negatif mengenai masakannya yang tular baru-baru ini di media sosial.
Dalam hantaran yang dimuat naik di platfor Thread, Zara menjelaskan niatnya berkongsi resepi dan masakan adalah ikhlas untuk berkongsi minat serta ilmu kepada sesiapa yang ingin mencuba dan bukannya untuk memenuhi selera netizen tertentu.
“Saya masak, bukan nak bagi awak makan. Saya masak, untuk saya dan family saya makan. Asam pedas tu, kawan mama saya dari Melaka yang kongsi resepi. Dan ianya menjadi lauk kegemaran saya hingga kini," tulisnya.
Tegas Zara lagi, dia tidak memaksa sesiapa untuk menerima caranya memasak dan menolak persepsi sempit yang mengkritik penggunaan daun kari dalam hidangan asam pedas.
“Saya suka dan niat saya share untuk sesiapa yang ingin mencuba. Ingat daun kari tu hanya untuk masakan kari saja ke? Sebab tu ada pepatah, pergi lah belajar hingga ke negara China. Buka minda tu luas-luas," tambahnya.
Teguran itu dipercayai ditujukan kepada seorang pengguna yang meninggalkan komen mengkritik masakan Zara Zya.
“Die ni MMG x reti msk acah2 pandai masak..bodoh tang mn masak asam.pedas. Ltk daun kari……x yh rase pun dh tau x sedapp hanyir …..tumisan pun x mskk…," tulis pengguna itu menerusi paparan skrin yang dimuatnaik semula Zara.
Zara turut menyentuh tentang sikap sesetengah netizen yang pantas menghukum walaupun seseorang itu berkongsi sesuatu yang bermanfaat.
“Orang dah share ilmu, dia bodohkan kita pula? Indah sungguh bahasa. Benci sangat kat saya ye," tambah Zara.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi, termasuk sokongan daripada pengikutnya yang memuji ketenangan dan caranya mempertahankan diri tanpa menggunakan kata-kata kesat.