Hiburan
"Saya Masih Belajar" - Fasha Sandha Belum Sedia Bertudung
Pelakon Fasha Sandha memohon orang ramai memberikannya masa untuk belajar bertudung.
Jelas Fasha, dia masih belum sempurna dan menghargai doa peminat yang mahukannya istiqamah.
"Saya berterima kasih kepada peminat yang sentiasa doakan yang baik-baik untuk saya dan keluarga.
"Tak dinafikan ramai suka tengok saya bertudung dan mereka mengharapkan agar saya terus bertudung.
"Saya faham dengan apa yang mereka mahukan tetapi saya sendiri buat masa sekarang sedang belajar. Doakan yang baik-baik supaya dipermudahkan segalanya.
"Saya tak boleh bercerita sangat sebab takut orang salah erti. Iman kita naik turun," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk Aura White Sparkle Diamond Skincare dan Aura White Sparkle Diamond Collagen Travel Pack di Palace of Golden Horses, Kuala Lumpur hari ini.
Fasha mengulas mengenai imej terkininya yang bertudung menerusi kemas kini Instagramnya sejak beberapa hari lalu.
Fasha sebelum itu kekal berhijab selama 30 hari sepanjang bulan Ramadan lalu bagi menyahut cabaran #hijab30.
Sementara itu, Fasha menjelaskan suaminya, Aidil Aziz tidak memaksanya untuk mengekalkan imej tersebut dan memberinya ruang untuk berhijrah dengan hati.
"Aidil tak pernah suruh atau minta saya bertudung dan dia tidak kisah pun.
"Dia tahu mana yang terbaik untuk saya dan memberikan ruang untuk saya belajar perlahan-lahan," tambahnya.
Must-Watch Video