Viral
"Saya Masih Fikir Suara Saya Sedap, Limited" - Dahlia Rizal Tak Setuju Netizen Minta Mas Idayu Reviu Suaranya, Akui Ada Peningkatan Vokal
Pempengaruh terkenal, Dahlia Rizal meluahkan rasa marah menerima reaksi negatif daripada netizen selepas memuat naik video nyanyiannya.
Menerusi video berdurasi dua minit 27 saat tersebut, Dahlia menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap komen negatif yang diterima mengenai suaranya ketika menyanyikan lagu Ruang Rindu di aplikasi TikTok.
“Saya rasa suara saya sudah ada peningkatan dalam vokal. Saya tidak pasti kenapa saya menerima lebih satu ribu komen mengenai suara saya,” katanya menerusi video di TikTok.
Tambahnya lagi, terdapat segelintir netizen yang menyarankan penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu, untuk memberikan ulasan tentang nyanyiannya kerana ada yang berpendapat bahawa suara Dahlia agak menyakitkan telinga.
“Saya tidak setuju bila ada orang komen Mas Idayu patut reviu suara saya. Kalau dia mommy dan aku adalah mama. Awak ingat suara saya ni perlu ke Mas Idayu reviu.
“Kalau korang tak suka suara saya, tak perlu komen. Saya masih fikir suara saya sedap dan saya masih dalam proses untuk praktikkan vokal saya,” jelasnya.
Bagaimanapun, isteri kepada penyampai radio, Imran Aqil cuba untuk menerima baik terhadap komen yang diterima olehnya dan menyatakan dirinya tidak perlu untuk mengeluarkan album sendiri.
“Tapi, saya rasa tidak mengapalah. Saya sudah terlalu biasa menerima komen membenci suara saya.
“Yang terakhir, jangan bandingkan saya dengan Fazura sebab suara saya lagi unik.
Saya tidak perlu keluarkan album dan sebagainya kerana suara saya sangat limited. Tak perlu nak seluruh Malaysia dengar,” ulasnya.
Terdahulu, video nyanyian Dahlia Rizal secara suka suka telah tular di aplikasi TikTok dan menerima lebih satu ribu komen negatif dari netizen serta meraih sebanyak 734,000 ribu tontonan.