Hiburan

“Nyawa Dah Nak Habis Tapi Dapat Satu Lagi Nyawa” - Isteri Shuk Sahar Hamil Dalam Keadaan Diri Berdepan Masalah Jantung

gempak
Asyikin Mayudin
26/11/2024
00:55 MYT
Sponsor Banner
“Nyawa Dah Nak Habis Tapi Dapat Satu Lagi Nyawa” - Isteri Shuk Sahar Hamil Dalam Keadaan Diri Berdepan Masalah Jantung
Isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh mengakui perasaannya bercampur bauk apabila disahkan hamil ketika dalam keadaan dirinya juga mempunyai masalah jantung atau Brugada Syndrome Type 1.

Hamil 2 bulan

Kandungan sudah mencecah dua bulan, Fara berkata dia mengetahui dirinya hamil setelah melakukan ujian air kencing dan darah untuk menjalani satu prosedur melibatkan masalah jantung yang dihadapinya.

“Sepatutnya saya perlu jalani satu prosedur masukkan tiub dekat paha untuk periksa saluran jantung tapi prosedur tidak dapat buat sebab bila buat ujian urine dan darah, saya disahkan hamil.

“Prosedur itu perlu ditangguh dahulu. Buat masa ini, saya pakai satu mesin kecil yang dimasukkan ke dalam kulit bahagian dada untuk monitor keadaan jantung saya selama 24 jam.
“Sebenarnya saya tak tahu nak rasa gembira dengan kehamilan ini. Satu benda Allah bagi, satu benda Allah tarik. Jadi, saya tak tahu nak rasa apa sebab nyawa dah nak habis tapi dapat satu lagi nyawa,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Syukur didiagnos

Bagaimanapun, Fara meluahkan rasa syukur apabila dia akhirnya mengetahui tentang masalah kesihatan yang sudah dihadapinya sejak beberapa tahun.

“Bila doktor diagnosis penyakit saya… saya rasa syukur sebab dah tahu apa penyakit saya. Sebab selama ini saya rasa tak selesa, rasa rimas bila jantung laju dan lemah. Jadi, syukur bila dah dapat tahu,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Fara turut berkongsi insiden dia beberapa kali pengsan secara mengejut tanpa ada sebarang simptom sakit.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan Nak Campur Tangan Tapi Sekadar Nasihat Agar Tak Buka Aib” - Iqram Dinzly Jawab Dakwaan Back Up Shuk

ARTIKEL BERKAITAN: Iqram Dinzly Bagi ‘Surat Hitam Kedua’ Untuk Fara Salleh, Sempat Titip Pesanan - “Pergi Ambil Wudhuk, Solat Taubat & Istiqorah Mohon Pada Allah…”

ARTIKEL BERKAITAN: Dedah Perangai Isteri Shuk Sahar, Rakan Dakwa Pernah Jadi Saksi Pergaduhan - “Tahap Marah Dia Itu Sampai…”

ARTIKEL BERKAITAN: Fara Salleh Luah Rasa Kesal Berkahwin, Rumah Tangga Shuk Sahar & Isteri Goyah? - “I Hope He Realize My Statement & Divorce Me”

“Shuk memang tahu keadaan saya sebab dia ada sepanjang saya ulang alik ke hospital. Saya dah selalu rasa pening kepala sejak beberapa tahun lalu tapi hanya fikir ada masalah darah rendah atau vertigo.
“Tapi sejak tahun ini, saya jadi kerap pitam secara tiba-tiba itu yang terus buat pemeriksaan. Ada satu insiden di mana saya bangun tidur dan nak ambil air tiba-tiba pitam. Tak ada beri signal sakit, terus pengsan.
“Nasib baik ketika itu ada ibu saya. Ada beberapa kali insiden itu berlaku. Sekarang ini memang saya ada rawatan susulan di Hospital Pulau Pinang sebab ada pakar jantung di situ,” ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024