Berita

Saya Masih Hidup & Sihat, Sylvester Stallone Berang Didakwa Sudah Meninggal

Rozaimi Zubaidi
21/02/2018
06:16 MYT
Pelakon terkenal Hollywood, Sylvester Stallone berang apabila ada pihak yang menyebarkan berita palsu tentang kematiannya di media sosial.
Menurut laporan Daily Mail, berita kematian Stallone adalah palsu selepas ada pihak yang menyebarkan gambar dirinya meninggal dunia akibat penyakit kanser prostat.
"Tolong jangan percaya dan abaikan berita palsu ini. Saya masih hidup dan sihat serta bahagia sekarang ini," kata Stallone melalui Twitter.
Menurut Stallone, gambar yang ditularkan di media sosial itu dipercayai diambil daripada salah satu filem lakonannya.
Malah adik kepada Stallone, Frank, turut menyelar tindakan yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan menyebarkan fitnah tentang kematiaan abangnya.
"Saya tidak faham kenapa ada pihak yang menyebarkan berita palsu ini. Mungkin mereka ini sebenarnya mempunyai masalah mental," katanya.
Namun ini bukan kali pertama berita tentang kematian Stallone itu tular malah sejak 2016 berita sedemikian telah dimuat naik dalam media sosial sehingga memaksa Stallone memuat naik gambar dia bersama-sama pe­ninju Rusia, Sergey Kovalev dalam Instagram.
Sumber: Daily Mail
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Selepas Hampir Sebulan, Jasad Pemain Badminton China Masih Disimpan Di Hospital Yogyakarta

gempak
25/07/2024
01:30 MYT
Jasad pemain badminton China, Zhang Zhi Jie, yang meninggal dunia di geloanggang sewaktu dalam perlawanan Kejohanan Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia, pada 30 Jun lalu, sehingga kini masih belum dituntut oleh pihak keluarganya.
Berita

Abang Bintang Bola Sepak Safawi Rasid Meninggal Dunia

gempak
24/07/2024
15:05 MYT
Bintang bola sepak Terengganu FC (TFC), Safawi Rasid menerima berita menyedihkan apabila abangnya, Ahmad Muslim Rasid meninggal dunia.
Berita

Pemilik Suara Nobita Meninggal Dunia Di Usia 88 Tahun

gempak
24/07/2024
10:20 MYT
Pemilik suara yang terkenal dengan karakter Nobita Nobi dalam siri anime popular Doraemon, Noriko Ohara, dilaporkan meninggal dunia pada 12 Julai ketika berusia 88 tahun.
Hiburan

Michael Ang Tak Ada Komen Isu Langgar Kontrak, Biar Peguam Selesaikan Isu

gempak
24/07/2024
08:55 MYT
Penerbit dan pengarah, Michael Ang menyatakan dia tidak mempunyai sebarang komen berkaitan tindakan saman yang bakal diambil terhadap dirinya.
Viral

Jennifer Coppen Nafi Dali Wassink Kemalangan Akibat Mabuk, Bertengkar Sebelum Kejadian… Kongsi Pesanan Terakhir Suami

gempak
22/07/2024
15:55 MYT
Jennifer turut menafikan dakwaan yang dia dan Dali bertikam lidah sebelum kejadian tersebut.